Induksi Misi Sukarelawan (IMISU)

06-08 September 2018, Universiti Selangor (UNISEL) telah menggabungkan para pelajar daripada 2 buah kampus dalam menyertai sebuah program iaitu Induksi Misi Sukarelawan (IMISU) yang telah disertai seramai 41 orang pelajar dan 5 orang fasilitator. Tujuan induksi ini dijayakan adalah untuk melatih para sukarelawan sebagai persediaan dari pelbagai aspek sebelum menjalankan misi yang dipertanggungjawabkan. Hal ini demikian, bagi memberi pendedahan mengenai gerak kerja serta perancangan awal bagi persediaan misi. Induksi Misi Sukarelawan (IMISU) ini telah disertai oleh beberapa misi dalam & luar negara iaitu Sabah, Padang, Aceh, Medan dan Jakarta.



En. Izwan Suhadak telah memulakan slot pertama mengenai Induksi Misi Sukarelawan (IMISU) yang perlu wujud dalam diri seorang sukarelawan. Malah, sukarelawan perlu dalam menghayati serta memaknai apa itu Ilmu. Slot ini telah diadakan di Perpustakaan Unisel Bestari Jaya. Para sukarelawan memberi sepenuh perhatian dalam menghayati dan memahami slot yang disampaikan.








Comments

Popular posts from this blog

Syair Perahu - Hamzah Fansuri ( Rangkap 1 - 5 )

MAKAM SYIAH KUALA

MERIAM LADA SECUPAK