IBRAH TSUNAMI
20
Februari 2019 – Hari yang padat bagi kami pagi kuliah subjek Fiqh Mawaris dan
selepas itu ke Dinas Syariat Islam (https://dsi.acehprov.go.id/sejarah-dsi/)
boleh baca lebih mendalam di pautan ini. Perbincangan kami tadi banyak
menyentuh soal pemerintahan berlandaskan Syariah. Berkenaan ekonomi terutama
sekali bank bagaimana ianya dikatakan sebagai bank Syariah kalau akhirnya ianya
menuju ke bank konvensional di peringkat pusat? Pelbagai perbahasan yang
diutarakan yang membuatkan saya berfikir dan merasakan bahawa kita tidak akan
dapat melaksanakan hukum Syariah sepenuhnya kerana kita mempunyai golongan
non-muslim yang perlu kita santuni, dan perlu juga kita teliti tentang waqi’
semasa bagaimana penerimaan rakyat untuk melaksanakan hukum Syariah?
Dan Alhamdulillah
malam itu kami di bawa keluar dengan Pak Engku dan Dr Fiqri. Pak Engku
bercerita tentang sejarah Aceh, yang membuatkan saya berfikir bahawa kita
adalah berkeluarga. Peristiwa peperangan Aceh dan Indonesia yang berpuluh tahun
yang dikatakan korban tidak kurang daripada 30,000 orang rakyat Aceh yang
berusaha mempertahankan tanah air mereka. Ketika itu, rakyat Aceh tidak dapat
berbuat apa-apa, korban harian semakin meningkat dan rakyat menjadi takut,
malam-malam tidak ada yang keluar, semuanya duduk kunci pintu rumah dan tidak
berani untuk keluar. Dan, tsunami menghempas Aceh pada tahun 2004 menjadi asbab
kepada perdamaian di Aceh pada tahun 2005. Peningkatan korban berpunca dari
perang (lebih 30,000) dan korban tsunami lebih dari 200,000. Apa yang saya
boleh lihat dan simpulkan, hakikat atau hikmahAllah timpakan tsunami di Aceh
pada 2004 adalah umpama bantuan dari Allah yang ingin menghentikan peperangan
di Aceh. Itulah antara hikmah yang saya dapat simpulkan!
Justeru,
selain kita melihat bala atau ujian yang ditimpakan kepada kita sebagai teguran
Allah, boleh jadi juga, ujian yang diberikan Allah sebagai bentuk bantuan Allah
buat hambanya. Wallahu’alam.
Catatan ,
Leftenan Aqilah :)
Comments
Post a Comment