Kesultanan Kerajaan Aceh


KESULTANAN KERAJAAN ACEH




Gambar 1 : Peta Aceh

Kerajaan Aceh berkembang sebagai satu sebuah kerajaan Islam pada masa pemerintahan Sultan Iskandar Muda. Perkembangan pesat yang dicapai Kerajaan Aceh disebabkan faktor kedudukan yang strategik. Banyak berlaku aktiviti perdagangan melalui Kerajaan Aceh yang mempengaruhi perkembangan kehidupan kerajaan Aceh dalam aspek kehidupan politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Kerajaan Aceh pernah diperintah oleh raja-raja berikut :-

1. Sultan Ali Mughayat Syah
Sultan Ali Mughayat adalah raja pertama kerajaan Aceh yang memerintah dari tahun 1514-1528 M. Dibawah kekuasaannya, kerajaan Aceh telah melakukan perluasan ke beberapa daerah di wilayah Sumatera Utara seperti daerah Daya dan Pasai. Bahkan ia juga mengadakan serangan terhadap kedudukan Portugis di Melaka.

2. Sultan Salahuddin
Setelah Sultan Ali Mughayat Syah mangkat, pemerintahan dilanjutkan oleh putranya yang bernama Sultan Salahuddin. Ia memerintah dari tahun 15288-1537 M. Selama berkuasa, ia kurang memerhati akan kerajaannya. hal ini demikian, kerajaan mulai goyah dan mengalami kemunduran serta digantikan oleh saudaranya iaitu Sultan Alaudin Riayat Syah.

3. Sultan Alaudin Riayat Syah
Sultan Alaudin Riayat Syah memerintah Aceh sejak tahun 1537-1568 M. Dibawah pemerintahannya Aceh berkembang menjadi bandar utama di asia pedagang Muslim. Di samping itu, kedudukan Aceh yang menjadikan sebagai bandar transit lada dari Sumatera dan rempah ratus dari Melaka.

4. Sultan Iskandar Muda
Pemerintahan Sultan Iskandar Muda telah menanda puncak kejayaan kerajaan Aceh. Beliau naik takhta pada awal abad ke-17 menggantikan Sultan Alaudin Riayat Syah. Untuk memperkuatkan kedudukan Aceh sebagai pusat perdagangan, ia telah mempelopori :-
  1. Merebut pelabuhan penting di persisir barat dan timur Sumatera, serta pesisir barat Semenanjung Melayu. Misalnya penaklukan Johor dan Pahang.
  2. Menyerang kedudukan Portugis di Melaka dan kapal-kapal yang melalui Selat Melaka.
  3. Bekerjasama dengan Inggeris dan Belanda untuk memperlemahkan pengaruh Portugis. Sultan Iskandar juga mengizinkan persekutuan dagang kedua di negara itu untuk membuka pejabatnya di Aceh.
5. Sultan Iskandar Thani
Berbeza dengan sebelumya, Sultan Iskandar Thani lebih memerhatikan pembangunan dalam negeri dari aspek politik. Oleh sebab itu, meskipun hanya memerintah selama 4 tahun, Aceh mengalami suasana yang damai. Hukum yang berdasarkan pada syariat Islam ditegakkan yang bukan pada kekuasaan sewenang-wenangnya. Hubungan dengan wilayah taklukkan dijalankan dengan suasana liberal bukan tekanan politik dan tentera.

Masa pemerintahan Sultan Iskandar Thani juga ia memberi penekanan terhadap pengajian agama Islam. Perkembangan pengajian Islam turut didukung oleh Syeikh Nuruddin Ar-Raniri iaitu seorang ulama' besar dari Gujerat yang menulis buku sejarah Aceh yang berjudul Bustanu' Salatin. Sepeninggalan Sultan Iskandar Thani, Aceh mengalami kemunduran. Kerajaan Aceh tidak mampu berperanan sebagai pusat perdagangan. Meskipun demikian, ia tetap berlanjutan sampai memasuki abad ke-20.

Comments

Popular posts from this blog

Syair Perahu - Hamzah Fansuri ( Rangkap 1 - 5 )

MERIAM LADA SECUPAK

MAKAM SYIAH KUALA