SISTEM DUA HALA :)

21 Februari 2019 - Seperti biasa, setiap pagi kami akan diisikan dengan jadual untuk bertemu dengan fakultas yang ada di UIN Ar-Raniry dan kali ini pertemuan kami bersama dengan Fakultas Sains dan Teknologi. Kuliah yang di bawa oleh Fakultas Teknologi berkaitan dengan permasalahan yang dihadapi oleh maysarakat Aceh dari segi persiktaran iaitu pemprosesan sampah di sana bagaimana hendak mereka selesaikan. Bukan itu sahaja, mereka juga menerangkan tentang pengaliran air yang bersih mereka gunakan untuk seharian di proses semula untuk digunakan semula air kitaran tersebut di sebabkan kekurangan sumber air bersih dengan penduduk yang begitu banyak. 

Perkongsian mereka sangat menarik dan bermanfaat untuk kami semua. Cara perkuliahan mereka di mulai dengan pelajar dahulu untuk membuat penerangan dan kemudian dipengakhiran pula baru dosen iaitu pensyarah mereka. Apa yang saya boleh lihat, pensyarah di sana memberi peluang kepada mahasiswa dulu untuk berkongsi pendapat dan pensyarah sebagai kesimpulan dengan perkuliahan mereka. Ini bermakna perkuliahan mereka ada menggunakan sistem dua hala iaitu pensyarah dan mahasiswa itu sendiri. Oleh demikian sistem dua hala ini sangat penting dalam sesi pembelajaran di perkuliahan agar mahasiswa berani untuk memberi pendapat mereka dan pensyarah akan membuat kesimpulan untuk pengakhiran kuliah mereka sekiranya ada kesilapan yang perlu ditegur untuk pembaikan di masa akan datang.






Catatan Oleh,
Athirah Ibrahim.

( HARI 10)

Comments

Popular posts from this blog

Syair Perahu - Hamzah Fansuri ( Rangkap 1 - 5 )

MAKAM SYIAH KUALA

MERIAM LADA SECUPAK