Posts

Ujian itu menyedihkan?

Image
Semua orang pernah diduga dalam hidup mereka kan? Sama lah min. Banyak jugak kena diduga dengan macam2 karenah manusia dan masalah dalam diri. Tapi adakah itu menjadi penghalang untuk kita tidak teruskan hidup? Pernah sekali tu, kawan min ekspresi ceritanya kat min bahawa diriNya rasa macam tidak terdaya hidup dalam dunia. Dia merasakan hidup dia useless dan bahawasanya dia ingin sekali go back in-time untuk ubah segala apa yang telah berlaku di dalam hidupnya. Pernah tak korang pun merasakan begini juga? Semua org pernah merasakan perkara sama ni. Tapi admin ada tips untuk korang bagi sesiapa yang merasakan hidup ini menyedihkan. KebiasaanNya, kita sebagai manusia. Kita mintak allah jauhkan bala dan ujian kan? Tapi min tak doa seperti itu. Min doa bahawa Allah beri petunjuk melalui ujian yang dilalui min supaya min belajar dan menjadi makin kuat hari demi hari. Bukankah itu cara lebih baik? Kita tidak boleh sangkakan hidup yang kita duduk ini adalah kepunyaan kita dan expe

Yang hanya kekal itu Allah

Image
Hello!! Apa khabar korang semua? semua sihat-sihat belaka tak?? Harini admin terfikir pasal satu benda iaitu, berkaitan dengan kehidupan admin. Min perasan, semakin kita dewasa semakin kurang kawan-kawan kita. Siapa perasan macamtu? Bagi sesetengah orang, mereka berasa perkara ini ganjil dan tidak mungkin perlu berlaku kerana kita sudah biasa hidup dengan manusia maka kalau kurang manusia di dalam hidup kita, pelik lah kan? Sebenarnya tak pelik pun. Perkara itu, adalah perkara yang biasa berlaku di kalangan remaja dan kita seharusnya tidak merasakan perkara itu sedih. Korang perasan tak? Makin kurang kawan, hidup kita makin terurus dan tahu tentang matlamat asal kita dalam hidup. Allah sengaja filter-kan list kawan2 kita yang tidak membawa kita ke mana-mana dan Allah hanya letak kawan2 yang sentiasa mengajak kepada akhirat dan kebaikkan. Tak ke, best tu? Maka, usah bersedih!Lagipun, ada sesetengah orang bilamana dia bersama kawan-kawan dia, dia lupa tentang penciptaNya. Kadangka

Keyakinan Kepada Allah Jalan Kebahagiaan

Image
SABTU 25 JANUARI 2020; Selamat Tahun Baru rakan-rakan! Akhirnya! Dapat juga cuti alhamdulilah phew selepas penat bertempur di medan perang untuk menuntut ilmu. Penat kan? Tapi bila start cuti pun, kerja masih banyak! Bukan senang nak senang hehe. Admin saja lah nak berkongsi satu refleksi yang admin dapat semasa admin keseorangan di luar sambil makan dan menulis di dalam journal, sebab itu kebiasaan admin bila balik cuti hehe. Amik masa untuk refleksi keseorangan.  Baiklah meh kita mulakan. Siapa di sini, selalu berharap? Sentiasa mengharapkan sesuatu benda berlaku di atas kemahuan diriNya? Dan apabila kita tidak mendapat apa yang diharapkan, kita berasa kecewa dan kadang-kala sering bertanya kepada Allah " Kenapa aku? Kenapa hidup aku macamni? Kenapa" . Selalu jugak kan, kita tanya soalan demikian? Tapi tahukah kalian? Setiap apa yang berlaku di dalam hidup mempunyai banyak hikmah kalau anda nak tahu. Apa hikmahNya? Dan bagaimana nak melihat hikmah sebalik apa yang

USAHA PERLU DIPERTINGKATKAN

Image
RABU, 11 DECEMBER 2019 :  Man jadda, wajada. Kalimah ini bermaksud : siapa yang usaha, dia dapat hasilnya. Meskipun kalimah ini bukanlah hadis dari nabi, tetapi ia tersimpan beribu hikmah dan manfaat kepada semua. Ianya ringkas tetapi mempunyai maksud tersirat yang mendalam maknanya. Jika dihayati sebaiknya, segala yang kita perolehi di atas muka bumi ini, adalah hasil dari usaha kita sendiri. Meskipun hakikatnya semuanya dari Allah. Tetapi Allah tidak memberi sesuatu kepada manusia tanpa manusia itu sendiri yang meminta dan usaha untuk mendapatkannya. Hal ini dikuatkan lagi dengan firman Allah dalam surah Ar-Ra’d: 11 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka” Begitulah dengan pasukan kami yang kini sedang berhasrat untuk menjalankan satu misi Khidmat Pendidikan dan Kajian Sosio Budaya di Bandar Aceh pada 18 Mac – 02 April 2020. Kami sedar pergerakan kami sedikit perlahan y

Hari Terakhir Di Sini

Isnin, 25hb Februari 2019 : Merantau ke negeri orang merupakan suatu pengalaman dan ilmu yang amat berharga dalam memahami budaya dan masyarakat yang tinggal di sesuatu tempat. Dengan merantau ke negeri orang, kita telah keluar keluar dari zon selesa yang selama ini kita sudah terlalu biasa dan mensyukuri nikmat yang dikurniakan ke atas kita yang tidak ada di negara lain. Tambahan pula, kita dapat mempelajari banyak perkara antaranya bahasa, budaya, kebiasaan serta keadaan di tempat tersebut. Kami berasa sangat bertuah kerana telah banyak dibantu oleh pihak UIN Ar-Raniry terutamanya oleh Pak Engku dan Dr Fikri yang tidak putus-putus membantu kami sepanjang kami berada di UIN Ar-Raniry sehinggalah berlepas pulang pada waktu petang. Tidak dilupakan juga rakan-rakan dari kedua-dua buah institusi, Universitas Ubudiyyah Indonesia, Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry Banda Aceh dan semua yang terllibat sama ada secara langsung atau tidak. Tanpa mereka ini kami pasti akan mengha

Sesuatu Yang Cantik dan Indah

Ahad, 24hb Februari 2019 : Semua orang mahukan benda yang cantik lagi indah, apatah lagi sekiranya ianya mampu didapatkan dalam genggamannya. Tetapi sebenarnya terdapat benda yang sudah indah sejak sekian lama tetapi kita tidak perasan malahan tidak sedar akan kecantikan dan keindahannya yang sungguh memukau; alam sekeliling. Alam di sekeliling kita (pokok, hutan, laut, pulau, daratan) mempunyai makna yang sangat besar bagi semua hidupan yang ada di muka Bumi. Tanpanya dunia terasa kosong tanpa ada sesuatu untuk mengisinya, kehidupan kita akan terasa bosan kerana sudah melihat bangunan, rumah yang sama sepanjang masa, tiada tempat menarik untuk merehatkan minda setelah lama berpenat lelah mencari rezeki. Malahan juga, terdapat suatu perkara yang unik tentang alam sekeliling iaitu kita tidak akan merasa bosan dengannya walaupun sudah melihat keindahan tersebut berulang-ulang kali. Dan sudah semestinya semua perkara yang cantik dan indah ini perlu dimaknai dan difikirkan bersama

Semua Ilmu Bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah

Sabtu, 23hb Februari 2019 : Semua ilmu sama ada ianya ilmu Fardu Ain atau Fardu Kifayah semuanya bersumberkan Al-Quran. Selama ini kita menyangka bahawa ilmu-ilmu Fardu Kifayah seperti ilmu kejuruteraan, elektrik, perubatan, pembuatan, perkapalan, astronomi, fizik, kimia, falsafah, kesusasteraan dan banyak lagi merupakan ciptaan manusia. Sememangnya memang ada banyak ilmu yang dikembangkan konsepnya, dibahaskan dan diaplikasikan oleh manusia tetapi kadang-kadang kita tidak terfikir dari mana mereka mendapatkan idea untuk mengembangkan sesuatu ilmu itu. Sudah semestinya mereka mendapatkan idea sesuatu ilmu itu dari Al-Quran dan As-Sunnah (Hadis). Sebagai contoh komputer yang pada asalnya merupakan suatu alat yang dicipta untuk membantu manusia membuat pengiraan (kalkulator) yang kompleks menggunakan teori matematik yang diaplikasikan. Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang secara langsung mengisyaratkan matematik seperti: Menghitung bilangan secara tepat dan adil bagi se