Keyakinan Kepada Allah Jalan Kebahagiaan


SABTU 25 JANUARI 2020;
Selamat Tahun Baru rakan-rakan! Akhirnya! Dapat juga cuti alhamdulilah phew selepas penat bertempur di medan perang untuk menuntut ilmu. Penat kan? Tapi bila start cuti pun, kerja masih banyak! Bukan senang nak senang hehe. Admin saja lah nak berkongsi satu refleksi yang admin dapat semasa admin keseorangan di luar sambil makan dan menulis di dalam journal, sebab itu kebiasaan admin bila balik cuti hehe. Amik masa untuk refleksi keseorangan. 
Baiklah meh kita mulakan. Siapa di sini, selalu berharap? Sentiasa mengharapkan sesuatu benda berlaku di atas kemahuan diriNya? Dan apabila kita tidak mendapat apa yang diharapkan, kita berasa kecewa dan kadang-kala sering bertanya kepada Allah "Kenapa aku? Kenapa hidup aku macamni? Kenapa" . Selalu jugak kan, kita tanya soalan demikian? Tapi tahukah kalian? Setiap apa yang berlaku di dalam hidup mempunyai banyak hikmah kalau anda nak tahu. Apa hikmahNya? Dan bagaimana nak melihat hikmah sebalik apa yang ditimpa ke atas kita, sekiranya ia buruk mahupun baik? Pertama kali, kita haruslah yakin melalui apa yang diturunkan di dalam Quran. Allah berfirman;
Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu
(65;3)

Allah menyuruh kita sebagai hambaNya, menyakini sahaja yang berlaku di dalam hidup kepadaNya supaya kita berasa tenteram jiwa. Admin nak cerita pengalaman yang terjadi kat admin. Pada umur 17 tahun, admin mengalami masalah stres dan banyak conflict di dalam jiwa admin. Pada umur 17 tahun itu jugalah, admin kena ambik peperiksaan SPM tapi admin tak dapat nak catch-up dengan syllabus yang cikgu ajarkan. Konflik dalam diri admin berlaku bilamana, admin menjadi stres yang melampau sehinggakan asik nak marah-marah orang sahaja dan mood swing. Sebagai seorang manusia, sudah tentu kita akan mula persoalkan Tuhan samada dia ada sayang kita atau tidak kan? Dan pelbagai persoalan negatif bermain di fikiran. Maka, ketika admin dalam proses konflik diri itu. Admin sedaya upaya mencari balik diri admin melalui pembacaan buku, melalui banyak membaca, melalui menulis emosi admin di buku diary, banyakkan solat, banyakkan tahajjud. Admin sudah buat banyak benda, namun tetap stress sehingalah peperiksaan SPM menjelang mmg admin tak study apa pun. Admin dah dekat fasa nak mengalah sahaja. Tuptap lepas habis SPM dan mendapat keputusan SPM, admin berjaya mendapat 4A alhamdulilah walaupun sangkaan kita adalah cuma 1 atau 2A sahaja.

Tapi the best part is. Walaupun admin tidak berjaya mendapat keputusan yang baik dan melalui fasa depresi ketika itu namun admin makin mengenali diri. Admin makin sedar apa tujuan hidup, tahu kelemahan dan kekuatan admin. Pada umur 18 tahun, perubahan yang drastic itu telah membantu admin mengatasi saat kesusahan admin di universiti sebab admin dah melalui pengalaman yang negatif itu. Dan barulah admin terfikir ayat dari (65:3) memang sebenar2nya betul dan memang sangat terhadap Allah kerana walaupun seburuk2Nya kita nampak ujian kita, sebenarnya ia membawa banyak manfaat yang kita tidak dapat lihat. Masyallah tabarakallah! Memang selepas kejadian itu. Admin dah tak berharap untuk mendapatkan apa yang min inginkan, tapi admin meletakkan TRUST 100% towards Allah. Kalau ada apa-apa terjadi pun dalam hidup min, kita hanya chill2 dan biar Allah jalankan kerja dia. Kita hanya kawal apa yang kita boleh kawal dan itulah jalan kebahagiaan yang min jumpa.

Allah berfirman sekali lagi;

Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(2:216)

Semoga korang dapat manfaatkan daripada artikel ini! Wallahualam
-Admin Feeq <

Comments

Popular posts from this blog

Syair Perahu - Hamzah Fansuri ( Rangkap 1 - 5 )

MERIAM LADA SECUPAK

MAKAM SYIAH KUALA