Yang hanya kekal itu Allah



Hello!! Apa khabar korang semua? semua sihat-sihat belaka tak?? Harini admin terfikir pasal satu benda iaitu, berkaitan dengan kehidupan admin. Min perasan, semakin kita dewasa semakin kurang kawan-kawan kita. Siapa perasan macamtu? Bagi sesetengah orang, mereka berasa perkara ini ganjil dan tidak mungkin perlu berlaku kerana kita sudah biasa hidup dengan manusia maka kalau kurang manusia di dalam hidup kita, pelik lah kan? Sebenarnya tak pelik pun. Perkara itu, adalah perkara yang biasa berlaku di kalangan remaja dan kita seharusnya tidak merasakan perkara itu sedih.
Korang perasan tak? Makin kurang kawan, hidup kita makin terurus dan tahu tentang matlamat asal kita dalam hidup. Allah sengaja filter-kan list kawan2 kita yang tidak membawa kita ke mana-mana dan Allah hanya letak kawan2 yang sentiasa mengajak kepada akhirat dan kebaikkan. Tak ke, best tu? Maka, usah bersedih!Lagipun, ada sesetengah orang bilamana dia bersama kawan-kawan dia, dia lupa tentang penciptaNya. Kadangkala ada kawan kita suruh kita membuat maksiat dan kita pun melakukan maksiat itu. Maka sebab itulah Allah berfirman;

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya." (39: 54).

 Allah itu adil dan sesungguhNya dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya dan apa yang tidak baik. Waktu kita takde sesiapa. Allah lah sentiasa melihat kita. Beri attention sepenuhNya terhadap kita dan tidak pernah melukai kita. Bagaimana dekatNya allah dengan kita? Allah berfirman dalam Quran;

“Dan apabila para hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): ‘Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka), Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul.’” (2:186)

Harap-harap artikel ini dapat menceriakan kamu semua sekiranya kamu keseorangan atau hilang seorang rakan baik kamu! Insyallah, anda semua boleh tempuhi ujian yang allah uji! Allah sangat sayangkan kamu! Goodluckkk in your university life! till again!

-Admin Feeq :)


Comments

Popular posts from this blog

Syair Perahu - Hamzah Fansuri ( Rangkap 1 - 5 )

MERIAM LADA SECUPAK

MAKAM SYIAH KUALA