Hari Terakhir Di Sini
Isnin,
25hb Februari 2019:
Merantau ke negeri orang merupakan suatu pengalaman dan ilmu yang amat berharga
dalam memahami budaya dan masyarakat yang tinggal di sesuatu tempat. Dengan
merantau ke negeri orang, kita telah keluar keluar dari zon selesa yang selama
ini kita sudah terlalu biasa dan mensyukuri nikmat yang dikurniakan ke atas
kita yang tidak ada di negara lain. Tambahan pula, kita dapat mempelajari
banyak perkara antaranya bahasa, budaya, kebiasaan serta keadaan di tempat
tersebut.
Kami
berasa sangat bertuah kerana telah banyak dibantu oleh pihak UIN Ar-Raniry
terutamanya oleh Pak Engku dan Dr Fikri yang tidak putus-putus membantu kami
sepanjang kami berada di UIN Ar-Raniry sehinggalah berlepas pulang pada waktu
petang. Tidak dilupakan juga rakan-rakan dari kedua-dua buah institusi, Universitas
Ubudiyyah Indonesia, Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry Banda Aceh dan
semua yang terllibat sama ada secara langsung atau tidak. Tanpa mereka ini kami
pasti akan menghadapi kesulitan semasa melaksanakan program kami sepanjang 14
hari berada di sini.
> Aman Angah
> Aman Angah
Comments
Post a Comment