Semua Ilmu Bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah
Sabtu,
23hb Februari 2019:
Semua ilmu sama ada ianya ilmu Fardu Ain atau Fardu Kifayah semuanya
bersumberkan Al-Quran. Selama ini kita menyangka bahawa ilmu-ilmu Fardu Kifayah
seperti ilmu kejuruteraan, elektrik, perubatan, pembuatan, perkapalan,
astronomi, fizik, kimia, falsafah, kesusasteraan dan banyak lagi merupakan
ciptaan manusia. Sememangnya memang ada banyak ilmu yang dikembangkan
konsepnya, dibahaskan dan diaplikasikan oleh manusia tetapi kadang-kadang kita
tidak terfikir dari mana mereka mendapatkan idea untuk mengembangkan sesuatu
ilmu itu. Sudah semestinya mereka mendapatkan idea sesuatu ilmu itu dari
Al-Quran dan As-Sunnah (Hadis).
Sebagai
contoh komputer yang pada asalnya merupakan suatu alat yang dicipta untuk
membantu manusia membuat pengiraan (kalkulator) yang kompleks menggunakan teori
matematik yang diaplikasikan. Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang
secara langsung mengisyaratkan matematik seperti:
Menghitung
bilangan secara tepat dan adil bagi semua pihak
[Al-An’am:152]
[Huud:85]
[Al-A’raf:85]
[As-Syuura:17]
[Al-Hadiid:25]
Angka
dan pengulangan dalam beberapa peristiwa
[Maryam:84]
[Maryam:94-95]
[Al-Jin:24]
[Al-Jin:28]
[At-Taubah:37]
[Al-Muddassir:31]
[Huud:104]
Comments
Post a Comment