Sesuatu Yang Cantik dan Indah
Ahad,
24hb Februari 2019:
Semua orang mahukan benda yang cantik lagi indah, apatah lagi sekiranya ianya
mampu didapatkan dalam genggamannya. Tetapi sebenarnya terdapat benda yang
sudah indah sejak sekian lama tetapi kita tidak perasan malahan tidak sedar akan
kecantikan dan keindahannya yang sungguh memukau; alam sekeliling. Alam di
sekeliling kita (pokok, hutan, laut, pulau, daratan) mempunyai makna yang
sangat besar bagi semua hidupan yang ada di muka Bumi. Tanpanya dunia terasa
kosong tanpa ada sesuatu untuk mengisinya, kehidupan kita akan terasa bosan
kerana sudah melihat bangunan, rumah yang sama sepanjang masa, tiada tempat
menarik untuk merehatkan minda setelah lama berpenat lelah mencari rezeki.
Malahan
juga, terdapat suatu perkara yang unik tentang alam sekeliling iaitu kita tidak
akan merasa bosan dengannya walaupun sudah melihat keindahan tersebut
berulang-ulang kali. Dan sudah semestinya semua perkara yang cantik dan indah
ini perlu dimaknai dan difikirkan bersama dengan memerhatikan serta mendengar
suasana sekeliling dengan teliti sambil berfikir di sebalik semua kejadian ini
pasti ada sebab dan hikmahnya, tidak sekadar mengambil gambar dan video untuk
dimuat naik ke media sosial (Facebook,
Instagram, WhatsApp, Twitter).
Di
samping itu, di dalam alam yang indah ini terdapat banyak sumber yang boleh
dimanfaatkan, penyelesaian yang boleh dipraktikkan dengan memerhatikan suasana
sekeliling lantas menggunakan sumber-sumber yang ada untuk menyelesaikan
sesuatu masalah yang dihadapi. Dengan cara inilah kita dapat menggunakan nikmat
yang dikurniakan oleh Allah dengan sebaiknya walaupun bencana datang melanda
dan membadai tempat tinggal kita.
Comments
Post a Comment