Syair Perahu - Hamzah Fansuri ( Rangkap 1 - 5 )
Inilah gerangan suatu madah Mengarangkan syair terlalu indah Membetulkan jalan tempat berpindah Disanalah iktikad di perbetul sesudah Berdasarkan bait-bait rangkap syair berikut, penulis membicarakan tentang perjalanan kehidupan manusia yang perlu dialirkan dengan iktiqad yang teguh kepada Deen Islam sepanjang hayat. Membicarakan tentang iktiqad, iktiqad merupakan kepercayaan, keyakinan yang teguh dan semestinya perlu ada terhadap setiap umat Islam. Hal yang demikian kerana ianya merupakan permulaan dalam memperteguhkan tauhid. Wahai muda kenali dirimu Ialah perahu tamsil tubuhmu Tiadalah berapa lama hidupmu Ke akhirat jua kekal diammu Penulis menjelaskan bahawa seseorang manusia itu mestilah mengenali siapa dirinya dan tujuan asal hidupnya. Manusia itu diibaratkan sebagai perahu yang seharusnya tahu destinasi pelayarannya. Walaupun liku perjalanan dipenuhi ombak dan badai, seseorang manusia itu mestilah berusaha mengemudi 'perahu'nya selagi daya dikandung bad...