ISKANDAR MUDA DAN ISKANDAR THANI
ISKANDAR MUDA DAN ISKANDAR THANI
Beliau lahir sekitar tahun 1583, kepada pasangan diraja Sultan Abdul Jalil dan Puteri Raja Inderabangsa. Semasa serangan Portugis pada tahun 1606, beliau memimpin barisan pertahanan Aceh. Beliau akhirnya menggantikan pakciknya, Sultan Ali Riayat Shah III sebagai Sultan pada tahun 1607.
Kekuatan tentera yang dimiliki Sultan Iskandar Muda merangkumi tentera laut seramai 600-800 tentera di dalam setiap kapal, tentera berkuda dan bergajah, tentera berjalan kaki serta lebih 2000 senapang dan meriam buatan tempatan dan Eropah.
Baginda berjaya menawan Kesultanan Deli, Kesultanan Johor, Kesultanan Pahang, Kesultanan Kedah dan Kesultanan Perak. Kemudian, baginda melancarkan serangan terhadap tentera Portugis di Melaka pada tahun 1629. Namun begitu, baginda tewas dan kerugian kapal2 dan tentera laut seramai 19 ribu orang.
Semasa pemerintahan baginda, Aceh dijadikan pusat keilmuan Islam. Ramai ulama menetap di Aceh termasuk Hamzah Fansuri dan Syamsuddin Pasai. Buku Hikayat Aceh juga ditulis sekitar zaman itu.
Sultan Iskandar Muda akhirnya mangkat pada 27 Disember 1636. Beliau digelar Perkasa Alam dan Marhum Mahkota Alam.
Nukilan dari : AL-FIDA ROSA
Comments
Post a Comment