MAKAM SYIAH KUALA
MAKAM SYIAH KUALA
Nama sebenarnya ialah Syeikh Abdurrauf bin Ali Al-Fansuri atau yang lebih dikenali dengan gelaran Syiah Kuala yang merupakan seorang ulama besar yang sangat berpengaruh dalam membawa ajaran islam ke Indonesia, khususnya di Acheh. Syeikh Abdurrauf bin Ali Al-Fansuri mempunyai ayah yang berasal dari arab dan ibu yang berasal dari Acheh.
Bagi kuala acheh syiah kuala memiliki tempat yang sangat istimewa. Kebesaran syiah kuala seperti dalam bak kata pepatah masyarakat acheh "Adat bak peutu, syarak bak syiah di kuala". Jika adat mengikut kekuasaan sultan iskandar muda, maka syarak (kehidupan beragama) berada di bawah keputusan Tuan Syiah Kuala.
Azyumardi Azra, dalam bukunya Jaringan Ulama Nusantara mengatakan
bahawa ia tidak mendapatkan penjelasan mengenai latar
belakang Al Singkili, dan menurut pendapat A. Hasjmi
(sejarawan Aceh) yang mengatakan bahawa nenek moyang Al Singkili berasal
dari persia yang datang ke kesultanan Samudera pasai pada akhir abad ke 13,
yang kemudian menetap di Fansur (Barus) sebuah kota pelabuhan tua yang terletak di pantai Sumatera Barat. Selain itu, A. Hasjmi mengatakan bapa Al Singkili adalah saudara Hamzah Fansuri. Namun Azyumardi Azra tidak mempercayai perkara tersebut.
Sedangkan Al Singkili, Syeik Ali (Al Fansuri) adalah orang Arab yang menetap di
Singkil setelah mengahwini seorang wanita setempat yang berasal dari fansur. Tetapi seperti yang diketahui bapa al-Singkili bukan orang Melayu kerana samudera pasai dan fansur didatangi oleh para pedagang Arab,
Persia, India, Cina, dan Yahudi pada abad ke -9. Namun berdasarkan fakta sejarah kehidupannya tidak mempunyai kaitan dengan ajaran syiah(aliran teologi dalam islam)
dengan syiah kuala kerana masyarakat Acheh menganut pahaman As’ariyah, bahkan sebelum Al Singkili, yaitu pada masa Al Raniri
telah masyhur Durrat Al Farai’d bin syarh Al Aqaid karangan Al
Raniri (terjemahan Melayu dari kitab Mukhtasar Al Aqaid karya
Najm Al Din Al Nasafi), yang merupakan salah satu karya kaum Asy
‘ariyah dalam bab aqidah (al a’qaid).
Sehubungan itu, Syiah kuala dalam konteks Kampus (Universitas Syiah
Kuala) merupakan
Kampus Perguruan Tinggi Negeri (PTN) sudah ada sejak awal
provinsi Aceh terbentuk, salah seorang pengasanya adalah Ali
Hasjmy yang ketika itu menjawat jawatan sevagai Gabenor Aceh, Universitas Syiah Kuala
(UNSYIAH) yang kini di dipegang oleh Prof. DR. Ir. Samsul Rizal, M.Eng
dirasmikan pada 21 Jun 1961 SK Menteri PTIP No.11 Tahun 1961 dan
pengesahannya melalui Keputusan Presiden No. 161 tanggal 24 April tahun 1962
merupakan kampus umum, yang pada awalnya terdiri fakulti ekonomi dan fakulti kedoktoran Haiwan dan Imu
Penternakan pada tahun 1960, dan kemudian berkembang pula Fakulti Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Fakulti Hukum dan Pengetahuan
Masyarakat, Fakulti Teknik, Fakulti Pertanian, Fakulti Kedoktoran dan
Fakulti Mipa.
Jadi, berdasarkan huraian di atas menjelaskan bahwa Syiah Kula
dan Syi’ah (aliran teologi islam) tidak memiliki hubungaan spesifik,
terutama dalam konteks perguruan tinggi, Perkataan syiah sendiri berasal
dari kata Syeikh yang digunakan sebagai loghat masyarakat setempat. Sedangkan
Kuala, merupakan lokasi makam beliau yang letaknya dekat muara sungai Aceh,
sebab inilah beliau dikenali sebagai Syiah Kuala.
Nukilan dari : Nurfarhana
Comments
Post a Comment