MERIAM LADA SECUPAK

MERIAM LADA SECUPAK


No automatic alt text available.


Meriam sepanjang dua meter dengan balutan kain putih tampak gagah di bawah atap seng yang diletakkan di desa Blang Balok, kecamatan Peureulak kota, Acheh Timur. Kini, meriam itu menyimpan sejuta kenangan bagi para tentera Acheh yang berperang saat melawan Portugis dan Belanda. Meriam yang sudah dikilatkan dengan minyak itu merupakan salah satu bukti masyarakat Turki di bumi Peureulak, bekas kerajaan islam yang terkenal pada masa dahulu. Meriam itu diberi nama "Meriam Lada Secupak" yang dibeli di negara Turki oleh sepuluh tentera Kerajaan Acheh di bawah Komando Panglima Nyak Dum. Yang dinamakan Lada Secupak itu ialah kerana meriam itu seunit sama harga dengan lada secupak yang diambil dengan menggunakan kapal dari Acheh.


Pada awalnya ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudan Meriam Lada Secupak itu walaupun tempatnya hanya 3 km dari jalan raya Desa Blang Balok, Peureulak Kota. Darmawa atau yang dikenali sebagai Yahwan merupakan pengurus meriam saat ditermui pada hari sabtu (12/1) menceritakan meriam itu berdasarkan cerita sejarah sudah ada di bumi Acheh sejak 1.568 M tetapi ada yang mengatakan sudah ada pada abad xvl.

Senjata tersebut dibeli oleh sultan Alighayatshah Al-kahar. Pada ketika itu sebanyak sepuluh orang tentera diutuskan untuk membeli Meriam tersebut di negara Turki . Menurut Yahwan, sebelum ini tidak ada meriam khusus yang dibuat oleh perusahaan meriam Turki. Dahulunya tentera yang dipimpin oleh Panglima Nyak Dum dalam perjalanan ke Turki dalam keadaan terumbang ambing sehingga ada yang jatuh dilautan dan terdampar ke India. bahkan lada yang dibawa untuk membeli meriam tersebut banyak yang terjatuh dan digunakan  untuk membeli keperluan makanan. Diseluruh acheh meriam itu terdapat 25 unit .

Selain itu,menurut Yahwan ketika berlakunya jajahan bersama Portugis, meriam itu masih aktif tetapi apabila jajahan Belanda meriam tersebut tidak bioleh digunakan. Namun pada tahun 1976 pada tanggal 15 meriam itu ditemui kembali oleh Almarhum Tok Muhammad Ben yang tertanam di dalam tanah. Seteleh seminggu selepas kejadian Tok Muhammad Ben mengalami tekanan jiwa sehingga terpaksa diikat. Ketika itu Tok Ariffin Amin (peneliti sejarah di Peureulak  meminta mereka agar membawa meriam tersebut ke Desa Paya Meuligoe dan pada tahun 1989 dibawa ke PKA di Bnadar Acheh." Katanya.

Setelah membuat pameran di arena PKA, meriam itu, dibawa kembali ke Desa Blang Balok iaitu tempat asal yang dijumpai meriam tersebut . Pada tahun 1996 saya membawa meriam tersebut di depan masjid. Pada tahun 2000 pula berlaku konflik bersenjata dan jika sudah damai saya akan membawa kembali. katanya . Niat untuk memulihkan akhirnya menjadi kenyataan perjanjian damai yang ditandatngani antara Di dan Gam di Helsinki menyuruh Yahwan pada tahun 2006 untuk mengahdap Gabenor meminta sejarah itu diperbaharui kembali. Menurut Dinas kebudayaan akhirnya mereka memperbaharui kembali berupa pagar dan lahan penempatan meriam asal Turki."Akan tetapi rumah Acheh yang lamanya sepatutnya dibangunkan semula tetapi tidak dibangunkan. saya tidak tahu kenapa tetapi kalau rumah tersebut dibangunkan meriam tersebut akan diletakkan di rumah tersebut. katanya. Meriam tersebut kini berada di kiri Desa Jalan Blang Balok itu merupakan alat perang yang dipicu dan diblerang dan di Mesiu. Meriam yang sangat berat itu dibawa oleh dua orang tentera sahaj ketika itu. (serambi indinesia- Iskandar Usman Alfarlaky).



Nukilan dari : Nurfarhana

Comments

Popular posts from this blog

Syair Perahu - Hamzah Fansuri ( Rangkap 1 - 5 )

MAKAM SYIAH KUALA