Posts

Showing posts from 2018

Induksi Misi Sukarelawan (IMISU)

Image
06-08 September 2018, Universiti Selangor (UNISEL) telah menggabungkan para pelajar daripada 2 buah kampus dalam menyertai sebuah program iaitu Induksi Misi Sukarelawan (IMISU) yang telah disertai seramai 41 orang pelajar dan 5 orang fasilitator. Tujuan induksi ini dijayakan adalah untuk melatih para sukarelawan sebagai persediaan dari pelbagai aspek sebelum menjalankan misi yang dipertanggungjawabkan. Hal ini demikian, bagi memberi pendedahan mengenai gerak kerja serta perancangan awal bagi persediaan misi. Induksi Misi Sukarelawan (IMISU) ini telah disertai oleh beberapa misi dalam & luar negara iaitu Sabah, Padang, Aceh, Medan dan Jakarta. En. Izwan Suhadak telah memulakan slot pertama mengenai Induksi Misi Sukarelawan (IMISU) yang perlu wujud dalam diri seorang sukarelawan. Malah, sukarelawan perlu dalam menghayati serta memaknai apa itu Ilmu. Slot ini telah diadakan di Perpustakaan Unisel Bestari Jaya. Para sukarelawan memberi sepenuh perhatian dalam menghayati dan

Hebahan Pencarian Sukarelawan

Image
Hebahan Mencari Sukarelawan Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Program Kembara Mahasiswa Bitara 4.0 (KMB) Merujuk perkara diatas, program ini bertujuan untuk mendedahkan mahasiswa/i dalam menjalankan tanggungjawab kepada komuniti setempat. Disamping itu, mahasiswa/i cakna akan situasi yang berlaku di dalam kehidupan serta menjalinkan hubungan kemasyarakatan di antara kedua buah negara. Sehubungan dengan itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan menjalankan Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya seperti berikut :-   Tarikh  : 8 - 22 Februari 2019   Tempat:   Banda Aceh, Indonesia   Anjuran: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Justeru itu, penglibatan daripada pihak tuan/puan dalam menyertai program ini amatlah dihargai bagi melancarkan lagi pelaksanaan program ini. Sekian,  terima kasih Tarikh terakhir bagi pendaftaran: 17 Ogos 2018 Sebarang maklumat lanjut hubungi :  ðŸ“ž 0176402536 - Amir

Syair Perahu - Hamzah Fansuri ( Rangkap 1 - 5 )

Image
Inilah gerangan suatu madah Mengarangkan syair terlalu indah Membetulkan jalan tempat berpindah Disanalah iktikad di perbetul sesudah Berdasarkan bait-bait rangkap syair berikut, penulis membicarakan tentang perjalanan kehidupan manusia yang perlu dialirkan dengan iktiqad yang teguh kepada Deen Islam sepanjang hayat. Membicarakan tentang iktiqad, iktiqad merupakan kepercayaan, keyakinan yang teguh dan semestinya perlu ada terhadap setiap umat Islam. Hal yang demikian kerana ianya merupakan permulaan dalam memperteguhkan tauhid. Wahai muda kenali dirimu Ialah perahu tamsil tubuhmu Tiadalah berapa lama hidupmu Ke akhirat jua kekal diammu Penulis menjelaskan bahawa seseorang manusia itu mestilah mengenali siapa dirinya dan tujuan asal hidupnya. Manusia itu diibaratkan sebagai perahu yang seharusnya tahu destinasi pelayarannya. Walaupun liku perjalanan dipenuhi ombak dan badai, seseorang manusia itu mestilah berusaha mengemudi 'perahu'nya selagi daya dikandung bad

SASTERAWAN SUFI AGUNG : SYEIKH HAMZAH AL-FANSURI

Image
Syeikh Hamzah Al-Fansuri telah banyak dibicarakan oleh ramai orang. Namun demikian, tidak dinafikan perkara-perkara baharu sentiasa dapat ditemui oleh para pengkaji. Pada mukadimah ini, saya menyatakan bahawa tanpa diketahui siapakah yang pertama mengkhayal rupa tokoh agung sufi Nusantara itu yang membawa kepada penemuan gambar imaginasi beliau. Gambar Syeikh Hamzah Al-Fansuri dapat dikelaskan sebagai gambar imaginasi. Hal ini kerana pada zaman beliau sememangnya belum mempunyai alat-alat penggambaran. Sebenarnya, perkara yang sedemikian tidak hanya berlaku pada Syeikh Hamzah Al-Fansuri, tetapi juga berlaku kepada ulama'-ulama' lainnya seperti Imam Al-Ghazali, Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani, Syeikh Nuruddin Ar-Raniri, Wali Sembilan dan lain-lain. Hampir semua peneliti membicarakan tokoh ulama' ini pada zaman yang serba moden kini, merujuk kepada karya-karya Prof. Dr. Syed M. Naquib Al-Attas, beliau merupakan seorang yang banyak menaikkan nama Syeikh Hamzah Al-Fansuri d

MERIAM LADA SECUPAK

Image
MERIAM LADA SECUPAK Meriam sepanjang dua meter dengan balutan kain putih tampak gagah di bawah atap seng yang diletakkan di desa Blang Balok, kecamatan Peureulak kota, Acheh Timur. Kini, meriam itu menyimpan sejuta kenangan bagi para tentera Acheh yang be rperang saat melawan Portugis dan Belanda. Meriam yang sudah dikilatkan dengan minyak itu merupakan salah satu bukti masyarakat Turki di bumi Peureulak, bekas kerajaan islam yang terkenal pada masa dahulu.  Meriam itu diberi nama "Meriam Lada Secupak" yang dibeli di negara  Turk i oleh sepuluh tentera Kerajaan Acheh di bawah Komando Panglima Nyak Dum. Yang dinamakan Lada Secupak itu ialah kerana meriam itu seunit sama harga dengan lada secupak yang diambil dengan menggunakan kapal dari Acheh. Pada awalnya ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudan Meriam Lada Secupak itu walaupun tempatnya hanya 3 km dari jalan raya Desa Blang Balok, Peureulak Kota. Darmawa atau yang dikenali sebagai Yahwan merupak

MAKAM SYIAH KUALA

Image
MAKAM SYIAH KUALA Nama sebenarnya ialah Syeikh Abdurrauf bin Ali Al-Fansuri atau yang lebih dikenali dengan gelaran Syiah Kuala yang merupakan seorang ulama besar yang sangat berpengaruh dalam membawa ajaran islam ke Indonesia, khususnya di Acheh. Syeikh Abdurrauf bin Ali Al-Fansuri mempunyai ayah yang berasal dari arab dan ibu yang berasal dari Acheh. Syiah kuala adalah mufti besar kerajaan Acheh Darussalam di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Sebelum beliau menjawat jawatan sebagai mufti, Syiah Kuala belajar agama secara mendalam di Madinah Al-Munawwarah dalam bidang tasawuf yang mana nama gurunya dikenali sebagai Shafiyiddin Ahmad Al-Dajaany Al-Qusyaisyi. Selain menjadi ahli tasawuf, Syiah Kuala juga dikenali sebagai ahli fikh. Dalam ilmu fikh beliau mengarang kitab Majmu'ul Maasa-il (kumpulan masalah-masalah), yang mengandungi pelbagai persoalan yang muncul di fikiran masyarakat Acheh pada masa itu.

ISKANDAR MUDA DAN ISKANDAR THANI

ISKANDAR MUDA DAN ISKANDAR THANI Iskandar Muda merupakan sultan ke-12 Kesultanan Aceh Darussalam yang berjaya menjadikan Kesultanan Aceh kerajaan terbesar, terkuat dan terkaya di Nusantara. Selain itu, dibawah pemerintahannya, Aceh menjadi pusat keilmuan dan perdagangan Islam. Beliau lahir sekitar tahun 1583, kepada pasangan diraja Sultan Abdul Jalil dan Puteri Raja Inderabangsa. Semasa serangan Portugis pada tahun 1606, beliau memimpin barisan pertahanan Aceh. Beliau akhirnya menggantikan pakciknya, Sultan Ali Riayat Shah III sebagai Sultan pada tahun 1607. Kekuatan tentera yang dimiliki Sultan Iskandar Muda merangkumi tentera laut seramai 600-800 tentera di dalam setiap kapal, tentera berkuda dan bergajah, tentera berjalan kaki serta lebih 2000 senapang dan meriam buatan tempatan dan Eropah. Baginda berjaya menawan Kesultanan Deli, Kesultanan Johor, Kesultanan Pahang, Kesultanan Kedah dan Kesultanan Perak. Kemudian, baginda melancarkan serangan terhadap tentera Portugis d

MERAH SILUNG (SEJARAH SUMATERA)

MERAH SILUNG (SEJARAH SUMATERA)  Raja Merah Silu merupakan pengasas Kesultanan Samudera Pasai yang juga dikenali sebagai Pasai, Samudera atau Samudera Darussalam. Ia merupakan kerajaan Islam pertama di Nusantara yang terletak di utara pantai Aceh, Sumatera (di provinsi Nanggroe Aceh Darussalam sekarang) sekitar abad ke-13 sehingga abad ke-15. Perkataan "Samudera" berasal daripada perkataan Sanskrit bermaksud "lautan". Menurut Hikayat Raja-raja Pasai, Raja Merah Silu ternampak seekor semut sebesar kucing. Baginda menangkap dan memakannya lalu menamakan tempat tersebut sebagai "Samudera". Merah Silu yang menjadi raja pada tahun 1267 kemudian memeluk agama Islam dan menukarkan namanya menjadi Malik al-Salih. Makam Sultan Malik al-Salih yang bertarikh 1297 ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Arab. Ia masih boleh didapati di desa Beuringin, Kecamatan Samudera, Aceh Utara. Nukilan dari : AL-FIDA ROSA

Kesultanan Kerajaan Aceh

Image
KESULTANAN KERAJAAN ACEH Gambar 1 : Peta Aceh Kerajaan Aceh berkembang sebagai satu sebuah kerajaan Islam pada masa pemerintahan Sultan Iskandar Muda. Perkembangan pesat yang dicapai Kerajaan Aceh disebabkan faktor kedudukan yang strategik. Banyak berlaku aktiviti perdagangan melalui Kerajaan Aceh yang mempengaruhi perkembangan kehidupan kerajaan Aceh dalam aspek kehidupan politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Kerajaan Aceh pernah diperintah oleh raja-raja berikut :- 1. Sultan Ali Mughayat Syah Sultan Ali Mughayat adalah raja pertama kerajaan Aceh yang memerintah dari tahun 1514-1528 M. Dibawah kekuasaannya, kerajaan Aceh telah melakukan perluasan ke beberapa daerah di wilayah Sumatera Utara seperti daerah Daya dan Pasai. Bahkan ia juga mengadakan serangan terhadap kedudukan Portugis di Melaka. 2. Sultan Salahuddin Setelah Sultan Ali Mughayat Syah mangkat, pemerintahan dilanjutkan oleh putranya yang bernama Sultan Salahuddin. Ia memerintah dari tahun 15