Posts

Showing posts from April, 2019

Hari Terakhir Di Sini

Isnin, 25hb Februari 2019 : Merantau ke negeri orang merupakan suatu pengalaman dan ilmu yang amat berharga dalam memahami budaya dan masyarakat yang tinggal di sesuatu tempat. Dengan merantau ke negeri orang, kita telah keluar keluar dari zon selesa yang selama ini kita sudah terlalu biasa dan mensyukuri nikmat yang dikurniakan ke atas kita yang tidak ada di negara lain. Tambahan pula, kita dapat mempelajari banyak perkara antaranya bahasa, budaya, kebiasaan serta keadaan di tempat tersebut. Kami berasa sangat bertuah kerana telah banyak dibantu oleh pihak UIN Ar-Raniry terutamanya oleh Pak Engku dan Dr Fikri yang tidak putus-putus membantu kami sepanjang kami berada di UIN Ar-Raniry sehinggalah berlepas pulang pada waktu petang. Tidak dilupakan juga rakan-rakan dari kedua-dua buah institusi, Universitas Ubudiyyah Indonesia, Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry Banda Aceh dan semua yang terllibat sama ada secara langsung atau tidak. Tanpa mereka ini kami pasti akan mengha

Sesuatu Yang Cantik dan Indah

Ahad, 24hb Februari 2019 : Semua orang mahukan benda yang cantik lagi indah, apatah lagi sekiranya ianya mampu didapatkan dalam genggamannya. Tetapi sebenarnya terdapat benda yang sudah indah sejak sekian lama tetapi kita tidak perasan malahan tidak sedar akan kecantikan dan keindahannya yang sungguh memukau; alam sekeliling. Alam di sekeliling kita (pokok, hutan, laut, pulau, daratan) mempunyai makna yang sangat besar bagi semua hidupan yang ada di muka Bumi. Tanpanya dunia terasa kosong tanpa ada sesuatu untuk mengisinya, kehidupan kita akan terasa bosan kerana sudah melihat bangunan, rumah yang sama sepanjang masa, tiada tempat menarik untuk merehatkan minda setelah lama berpenat lelah mencari rezeki. Malahan juga, terdapat suatu perkara yang unik tentang alam sekeliling iaitu kita tidak akan merasa bosan dengannya walaupun sudah melihat keindahan tersebut berulang-ulang kali. Dan sudah semestinya semua perkara yang cantik dan indah ini perlu dimaknai dan difikirkan bersama

Semua Ilmu Bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah

Sabtu, 23hb Februari 2019 : Semua ilmu sama ada ianya ilmu Fardu Ain atau Fardu Kifayah semuanya bersumberkan Al-Quran. Selama ini kita menyangka bahawa ilmu-ilmu Fardu Kifayah seperti ilmu kejuruteraan, elektrik, perubatan, pembuatan, perkapalan, astronomi, fizik, kimia, falsafah, kesusasteraan dan banyak lagi merupakan ciptaan manusia. Sememangnya memang ada banyak ilmu yang dikembangkan konsepnya, dibahaskan dan diaplikasikan oleh manusia tetapi kadang-kadang kita tidak terfikir dari mana mereka mendapatkan idea untuk mengembangkan sesuatu ilmu itu. Sudah semestinya mereka mendapatkan idea sesuatu ilmu itu dari Al-Quran dan As-Sunnah (Hadis). Sebagai contoh komputer yang pada asalnya merupakan suatu alat yang dicipta untuk membantu manusia membuat pengiraan (kalkulator) yang kompleks menggunakan teori matematik yang diaplikasikan. Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang secara langsung mengisyaratkan matematik seperti: Menghitung bilangan secara tepat dan adil bagi se

Pertemuan dan Perbincangan

Jumaat, 22hb Februari 2019 : Sering kali kita bertemu dengan ramai orang untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau ingin meminta pertolongan membuat sesuatu kerja yang kita tidak mampu selesaikan. Tetapi hari ini kami bertemu dengan rakan-rakan kami dari Fakulti Sains dan Politik (FISIP) serta Fakulti Sains dan Teknologi (SAINTEK) di De Helsinki untuk berbincang tentang hal ehwal Malaysia dan Indonesia dari banyak sudut terutamanya politik semasa dan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 yang sudah hampir setahun melabuhkan tirainya. Manakala di Indonesia, Pilihan Raya Presiden bakal menjelang tiba pada 17 April 2019 yang menyaksikan pertembungan dua calon besar iaitu Joko Widodo (Jokowi) dan lawannya Prabowo. Sepanjang jalan di Aceh dihiasi dan diwarnai dengan poster calon dari pelbagai parti yang bertanding di peringkat kota sehinggalah ke peringkat Presiden. Manakala pilihan raya di sini lebih memfokuskan kepada calon itu sendiri berdasarkan kepada banyaknya banting dan kain r

Teknik Lingkungan

Khamis, 21hb Februari 2019 : Tidak pernah aku mendengar perkataan teknik lingkungan sebelum ini. Ingatkan teknik lingkungan itu teknik belajar dalam bulatan. Rupa-rupanya teknik lingkungan bermaksud Kejuruteraan Alam Sekitar ( Environmental Engineering ) yang merupakan bidang kejuruteraan bertujuan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Hampir semua daripada kita tahu tentang manfaat alam sekitar dalam kehidupan kita setiap hari, tetapi berapa ramai yang sedar akan kepentingan dalam memelihara alam ini. Bak kata pepatah, “kita tidak mewarisi alam ini, tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita”. Ini jelas membuktikan bahawa alam yang indah ini bukan hanya terhad kepada kita sahaja, tetapi untuk generasi akan datang juga. Dalam teknik lingkungan terdapat banyak isu-isu berkaitan alam sekitar yang dibincangkan. Antaranya adalah isu sampah, banjir, sungai tercemar, pemanasan global, pencemaran udara, kerosakan ekosistem laut, kesukaran mendapatkan air bersih, kerosakan

Syariat Islam

Rabu, 20hb Februari 2019 : Aceh adalah satu-satunya negeri di Indonesia yang memiliki autonomi khusus menerapkan hukum jenayah atau qanun jenayah. Semasa kami membuat kunjungan ke Dinas Syariat Islam Aceh, terdapat beberapa  perkara yang telah kami bincangkan antaranya adalah perkara-perkara berkaitan kewangan Islam, hukuman undang-undang Islam yang dirangka dan dikuatkuasakan oleh badan ini serta perkara-perkara yang menimbulkan persepsi orang luar terhadap Aceh itu sendiri. Dinas Syariat Islam Aceh memiliki kedudukan sebagai pelaksana Syariat Islam di dalam lingkungan pemerintah daerah dengan tugas utamanya membantu Gabenor Aceh dalam melaksanakan tugas umum Pemerintahan dan Pembangunan di bidang Dinas Syariat Islam bagi Pegawai Negeri Sipil sesuai dengan peraturan perundangan yang ada. Dinas Syariat Islam berperanan untuk mewujudkan aktualisasi risalah Islam secara menyeluruh dan universal, iaitu membangun dan mewujudkan masyarakat yang taat kepada Syariat Islam di Aceh

Rakan-Rakan Seperjuangan

Image
Rabu, 13hb Februari 2019 : Kita hidup bukan seorang, tetapi hidup bermasyarakat yang dipenuhi dengan pelbagai ragam manusia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza dari segi agama, etnik, adat resam, budaya dan cara hidup. Sepanjang perjalanan hidup, kita dikelilingi dengan mereka yang hidup bersama kita sama ada secara langsung atau tidak langsung. Untuk meneruskan kelangsungan hidup agar tidak bosan dan jemu, kita mencari kawan yang begitu ramai sekali sepanjang masa bermula dari bangku sekolah sehingga ke alam pekerjaan dan seterusnya. Dalam kawan yang ramai itu terdapat segelintir daripada mereka yang dikenali sebagai rakan-rakan seperjuangan. Rakan-rakan seperjuangan harus dicari oleh setiap orang kerana mereka mampu membuat sesuatu yang kita tidak mampu, dalam masa yang sama menolong kita secara tidak langsung dalam pelbagai hal yang berkaitan. Mereka mempunyai cara berfikir yang hampir sama dengan kita, kepentingan bersama dan mempunyai matlamat yang sama