Syariat Islam
Rabu, 20hb Februari 2019: Aceh adalah satu-satunya negeri di Indonesia yang memiliki autonomi khusus menerapkan hukum jenayah atau qanun jenayah. Semasa kami membuat kunjungan ke Dinas Syariat Islam Aceh, terdapat beberapa perkara yang telah kami bincangkan antaranya adalah perkara-perkara berkaitan kewangan Islam, hukuman undang-undang Islam yang dirangka dan dikuatkuasakan oleh badan ini serta perkara-perkara yang menimbulkan persepsi orang luar terhadap Aceh itu sendiri. Dinas Syariat Islam Aceh memiliki kedudukan sebagai pelaksana Syariat Islam
di dalam lingkungan pemerintah daerah dengan tugas utamanya membantu Gabenor Aceh dalam melaksanakan tugas umum Pemerintahan dan Pembangunan di
bidang Dinas Syariat Islam bagi Pegawai Negeri Sipil sesuai dengan
peraturan perundangan yang ada.
Dinas Syariat Islam berperanan untuk
mewujudkan aktualisasi risalah Islam secara menyeluruh dan universal, iaitu membangun dan mewujudkan masyarakat yang taat kepada Syariat Islam
di Aceh sebagai badan
yang mengawasi sosialisasi dan pembinaan terhadap Syariat Islam. Mereka telah menerima kunjungan daripada pelbagai pihak seperti universiti-universiti, pelajar-pelajar serta pihak yang berminat dan ingin mengetahui sendiri bagaimana perlaksanaan Syariat Islam di Aceh dan kaedah-kaedahnya. Menurut Pak Munawar yang merupakan Kepala Dinas Syariat Islam Aceh, penerapan syariat Islam di Aceh sangat toleran serta menjunjung hak asasi manusia.
Kerana ramai yang mendapat maklumat tidak tepat, pihak luar sering memberikan respon yang berlebihan dan negatif berkaitan dengan perlaksanaan Syariat Islam di Aceh walhal terdapat juga masyarakat bukan Muslim di Aceh yang lebih memilih dihukum sebat daripada masuk penjara.
Comments
Post a Comment