Rakan-Rakan Seperjuangan

Rabu, 13hb Februari 2019: Kita hidup bukan seorang, tetapi hidup bermasyarakat yang dipenuhi dengan pelbagai ragam manusia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza dari segi agama, etnik, adat resam, budaya dan cara hidup. Sepanjang perjalanan hidup, kita dikelilingi dengan mereka yang hidup bersama kita sama ada secara langsung atau tidak langsung. Untuk meneruskan kelangsungan hidup agar tidak bosan dan jemu, kita mencari kawan yang begitu ramai sekali sepanjang masa bermula dari bangku sekolah sehingga ke alam pekerjaan dan seterusnya. Dalam kawan yang ramai itu terdapat segelintir daripada mereka yang dikenali sebagai rakan-rakan seperjuangan.


Rakan-rakan seperjuangan harus dicari oleh setiap orang kerana mereka mampu membuat sesuatu yang kita tidak mampu, dalam masa yang sama menolong kita secara tidak langsung dalam pelbagai hal yang berkaitan. Mereka mempunyai cara berfikir yang hampir sama dengan kita, kepentingan bersama dan mempunyai matlamat yang sama untuk terus maju ke hadapan. Hal ini amatlah benar terutamanya dalam kerja berpasukan yang menuntut setiap orang memainkan peranan masing-masing walaupun sedikit. Ya, walaupun sedikit kerana perkara yang sedikit itulah jika berterusan ianya akan membuahkan hasil. Walau bagaimanapun, setiap orang mempunyai cara mereka yang tersendiri dalam membuat kerja dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, setiap daripada rakan-rakan seperjuangan haruslah ada sikap tolak ansur antara satu sama lain supaya segala keputusan yang diambil dipersetujui secara bersama tanpa membelakangkan rakan-rakan yang lain.



Comments

Popular posts from this blog

Syair Perahu - Hamzah Fansuri ( Rangkap 1 - 5 )

MERIAM LADA SECUPAK

MAKAM SYIAH KUALA