Teknik Lingkungan
Khamis,
21hb Februari 2019:
Tidak pernah aku mendengar perkataan teknik lingkungan sebelum ini. Ingatkan
teknik lingkungan itu teknik belajar dalam bulatan. Rupa-rupanya teknik
lingkungan bermaksud Kejuruteraan Alam Sekitar (Environmental Engineering) yang merupakan bidang kejuruteraan
bertujuan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Hampir semua daripada kita
tahu tentang manfaat alam sekitar dalam kehidupan kita setiap hari, tetapi
berapa ramai yang sedar akan kepentingan dalam memelihara alam ini. Bak kata
pepatah, “kita tidak mewarisi alam ini, tetapi kita meminjamnya daripada anak
cucu kita”. Ini jelas membuktikan bahawa alam yang indah ini bukan hanya terhad
kepada kita sahaja, tetapi untuk generasi akan datang juga.
Dalam
teknik lingkungan terdapat banyak isu-isu berkaitan alam sekitar yang
dibincangkan. Antaranya adalah isu sampah, banjir, sungai tercemar, pemanasan
global, pencemaran udara, kerosakan ekosistem laut, kesukaran mendapatkan air
bersih, kerosakan hutan, hakisan pantai, pencemaran tanah serta banyak lagi. Terdapat
banyak perkara yang terkandung di dalam teknik lingkungan untuk mengatasi
masalah dan isu-isu berkaitan alam sekitar tadi. Antaranya ialah:
·
Rekayasa
(kejuruteraan)
Teknologi
molekul
·
Projek
filtrasi air
·
Pengurusan
sisa pepejal (solid waste management)
·
Rawatan
air (water treatment)
·
Bencana
·
Permanfaatan
·
Penyelidikan
berkaitan pemprosesan sampah
Comments
Post a Comment