Posts

Showing posts from 2019

Hari Terakhir Di Sini

Isnin, 25hb Februari 2019 : Merantau ke negeri orang merupakan suatu pengalaman dan ilmu yang amat berharga dalam memahami budaya dan masyarakat yang tinggal di sesuatu tempat. Dengan merantau ke negeri orang, kita telah keluar keluar dari zon selesa yang selama ini kita sudah terlalu biasa dan mensyukuri nikmat yang dikurniakan ke atas kita yang tidak ada di negara lain. Tambahan pula, kita dapat mempelajari banyak perkara antaranya bahasa, budaya, kebiasaan serta keadaan di tempat tersebut. Kami berasa sangat bertuah kerana telah banyak dibantu oleh pihak UIN Ar-Raniry terutamanya oleh Pak Engku dan Dr Fikri yang tidak putus-putus membantu kami sepanjang kami berada di UIN Ar-Raniry sehinggalah berlepas pulang pada waktu petang. Tidak dilupakan juga rakan-rakan dari kedua-dua buah institusi, Universitas Ubudiyyah Indonesia, Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry Banda Aceh dan semua yang terllibat sama ada secara langsung atau tidak. Tanpa mereka ini kami pasti akan mengha

Sesuatu Yang Cantik dan Indah

Ahad, 24hb Februari 2019 : Semua orang mahukan benda yang cantik lagi indah, apatah lagi sekiranya ianya mampu didapatkan dalam genggamannya. Tetapi sebenarnya terdapat benda yang sudah indah sejak sekian lama tetapi kita tidak perasan malahan tidak sedar akan kecantikan dan keindahannya yang sungguh memukau; alam sekeliling. Alam di sekeliling kita (pokok, hutan, laut, pulau, daratan) mempunyai makna yang sangat besar bagi semua hidupan yang ada di muka Bumi. Tanpanya dunia terasa kosong tanpa ada sesuatu untuk mengisinya, kehidupan kita akan terasa bosan kerana sudah melihat bangunan, rumah yang sama sepanjang masa, tiada tempat menarik untuk merehatkan minda setelah lama berpenat lelah mencari rezeki. Malahan juga, terdapat suatu perkara yang unik tentang alam sekeliling iaitu kita tidak akan merasa bosan dengannya walaupun sudah melihat keindahan tersebut berulang-ulang kali. Dan sudah semestinya semua perkara yang cantik dan indah ini perlu dimaknai dan difikirkan bersama

Semua Ilmu Bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah

Sabtu, 23hb Februari 2019 : Semua ilmu sama ada ianya ilmu Fardu Ain atau Fardu Kifayah semuanya bersumberkan Al-Quran. Selama ini kita menyangka bahawa ilmu-ilmu Fardu Kifayah seperti ilmu kejuruteraan, elektrik, perubatan, pembuatan, perkapalan, astronomi, fizik, kimia, falsafah, kesusasteraan dan banyak lagi merupakan ciptaan manusia. Sememangnya memang ada banyak ilmu yang dikembangkan konsepnya, dibahaskan dan diaplikasikan oleh manusia tetapi kadang-kadang kita tidak terfikir dari mana mereka mendapatkan idea untuk mengembangkan sesuatu ilmu itu. Sudah semestinya mereka mendapatkan idea sesuatu ilmu itu dari Al-Quran dan As-Sunnah (Hadis). Sebagai contoh komputer yang pada asalnya merupakan suatu alat yang dicipta untuk membantu manusia membuat pengiraan (kalkulator) yang kompleks menggunakan teori matematik yang diaplikasikan. Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang secara langsung mengisyaratkan matematik seperti: Menghitung bilangan secara tepat dan adil bagi se

Pertemuan dan Perbincangan

Jumaat, 22hb Februari 2019 : Sering kali kita bertemu dengan ramai orang untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau ingin meminta pertolongan membuat sesuatu kerja yang kita tidak mampu selesaikan. Tetapi hari ini kami bertemu dengan rakan-rakan kami dari Fakulti Sains dan Politik (FISIP) serta Fakulti Sains dan Teknologi (SAINTEK) di De Helsinki untuk berbincang tentang hal ehwal Malaysia dan Indonesia dari banyak sudut terutamanya politik semasa dan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 yang sudah hampir setahun melabuhkan tirainya. Manakala di Indonesia, Pilihan Raya Presiden bakal menjelang tiba pada 17 April 2019 yang menyaksikan pertembungan dua calon besar iaitu Joko Widodo (Jokowi) dan lawannya Prabowo. Sepanjang jalan di Aceh dihiasi dan diwarnai dengan poster calon dari pelbagai parti yang bertanding di peringkat kota sehinggalah ke peringkat Presiden. Manakala pilihan raya di sini lebih memfokuskan kepada calon itu sendiri berdasarkan kepada banyaknya banting dan kain r

Teknik Lingkungan

Khamis, 21hb Februari 2019 : Tidak pernah aku mendengar perkataan teknik lingkungan sebelum ini. Ingatkan teknik lingkungan itu teknik belajar dalam bulatan. Rupa-rupanya teknik lingkungan bermaksud Kejuruteraan Alam Sekitar ( Environmental Engineering ) yang merupakan bidang kejuruteraan bertujuan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Hampir semua daripada kita tahu tentang manfaat alam sekitar dalam kehidupan kita setiap hari, tetapi berapa ramai yang sedar akan kepentingan dalam memelihara alam ini. Bak kata pepatah, “kita tidak mewarisi alam ini, tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita”. Ini jelas membuktikan bahawa alam yang indah ini bukan hanya terhad kepada kita sahaja, tetapi untuk generasi akan datang juga. Dalam teknik lingkungan terdapat banyak isu-isu berkaitan alam sekitar yang dibincangkan. Antaranya adalah isu sampah, banjir, sungai tercemar, pemanasan global, pencemaran udara, kerosakan ekosistem laut, kesukaran mendapatkan air bersih, kerosakan

Syariat Islam

Rabu, 20hb Februari 2019 : Aceh adalah satu-satunya negeri di Indonesia yang memiliki autonomi khusus menerapkan hukum jenayah atau qanun jenayah. Semasa kami membuat kunjungan ke Dinas Syariat Islam Aceh, terdapat beberapa  perkara yang telah kami bincangkan antaranya adalah perkara-perkara berkaitan kewangan Islam, hukuman undang-undang Islam yang dirangka dan dikuatkuasakan oleh badan ini serta perkara-perkara yang menimbulkan persepsi orang luar terhadap Aceh itu sendiri. Dinas Syariat Islam Aceh memiliki kedudukan sebagai pelaksana Syariat Islam di dalam lingkungan pemerintah daerah dengan tugas utamanya membantu Gabenor Aceh dalam melaksanakan tugas umum Pemerintahan dan Pembangunan di bidang Dinas Syariat Islam bagi Pegawai Negeri Sipil sesuai dengan peraturan perundangan yang ada. Dinas Syariat Islam berperanan untuk mewujudkan aktualisasi risalah Islam secara menyeluruh dan universal, iaitu membangun dan mewujudkan masyarakat yang taat kepada Syariat Islam di Aceh

Rakan-Rakan Seperjuangan

Image
Rabu, 13hb Februari 2019 : Kita hidup bukan seorang, tetapi hidup bermasyarakat yang dipenuhi dengan pelbagai ragam manusia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza dari segi agama, etnik, adat resam, budaya dan cara hidup. Sepanjang perjalanan hidup, kita dikelilingi dengan mereka yang hidup bersama kita sama ada secara langsung atau tidak langsung. Untuk meneruskan kelangsungan hidup agar tidak bosan dan jemu, kita mencari kawan yang begitu ramai sekali sepanjang masa bermula dari bangku sekolah sehingga ke alam pekerjaan dan seterusnya. Dalam kawan yang ramai itu terdapat segelintir daripada mereka yang dikenali sebagai rakan-rakan seperjuangan. Rakan-rakan seperjuangan harus dicari oleh setiap orang kerana mereka mampu membuat sesuatu yang kita tidak mampu, dalam masa yang sama menolong kita secara tidak langsung dalam pelbagai hal yang berkaitan. Mereka mempunyai cara berfikir yang hampir sama dengan kita, kepentingan bersama dan mempunyai matlamat yang sama

NIKMAT TUHAN :)

Image
22 Februari 2019 - Di pagi yang indah, perkuliahan kami di Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Pemerintahan yang mana mahasiswa di fakultas tersebut sangat meraikan kami semua. Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Pemerintahan ini menekankan aspek cara pergaulan yang betul dalam bermasyarakat dan untuk menjadi seorang pemimpin itu perlu ada ilmu yang secukupnya bagi mengetahui cara pemerintahan yang adil dan bertanggunjawab dalam memimpin negara. Kemudian di waktu petang pula kami ada pertemuan bersama Fakultas Dakwah dan Komunikasi yang mana kami diterangkan dalam pengajian ini akan mengajar cara dakwah komunikasi yang berkesan dan memerlukan kesabaran yang tinggi apabila berdakwah dengan orang ramai kerana tidak semua orag akan boleh menerima dakwah kita itu melainkan dengan izin taufiq hidayah-Nya. Selesai pertemuan tersebut kami di bawa oleh pak Engku dan temannya iaitu Dr Fikri ke pantai lampuuk lagi sekali untuk melihat keindahan alam semula jadi yang Allah ciptakan untuk manusia. Kami

SISTEM DUA HALA :)

Image
21 Februari 2019 - Seperti biasa, setiap pagi kami akan diisikan dengan jadual untuk bertemu dengan fakultas yang ada di UIN Ar-Raniry dan kali ini pertemuan kami bersama dengan Fakultas Sains dan Teknologi. Kuliah yang di bawa oleh Fakultas Teknologi berkaitan dengan permasalahan yang dihadapi oleh maysarakat Aceh dari segi persiktaran iaitu pemprosesan sampah di sana bagaimana hendak mereka selesaikan. Bukan itu sahaja, mereka juga menerangkan tentang pengaliran air yang bersih mereka gunakan untuk seharian di proses semula untuk digunakan semula air kitaran tersebut di sebabkan kekurangan sumber air bersih dengan penduduk yang begitu banyak.  Perkongsian mereka sangat menarik dan bermanfaat untuk kami semua. Cara perkuliahan mereka di mulai dengan pelajar dahulu untuk membuat penerangan dan kemudian dipengakhiran pula baru dosen iaitu pensyarah mereka. Apa yang saya boleh lihat, pensyarah di sana memberi peluang kepada mahasiswa dulu untuk berkongsi pendapat dan pensyarah

"PENGORBANAN YANG TERINDAH"

( Hari ke - 14 ) Isnin (25/2/2019) Terkesan sepanjang hari terakhir ini adalah keikhlasan dan pengorbanan. Sepanjang berada di bumi Aceh ini, saya nampak keikhlasan pak engku yang menemani kami dan saat ketika di lapangan terbang, peristiwa adik athirah ditahan beg kerana tidak lepas . Pak engku datang membantu kami sepanjang ini tanpa mengira latar belakang negara dan memikirkan sebuah ikatan " persaudaraan" dan seagama islam.                                                                                                                 - Hidayah Razlan -

" Indahnya Alam Semesta Allah swt "

Image
[ Hari ke 13 ] " indahnya alam semesta  Allah SWT" Ahad ( 24 / 2 / 2019 ) Tepat waktu pukul 12.30 petang kami menuju gunung gurutee yang berada di puncak tertinggi dan tersangatlah indah. Perjalananya mengambil masa 3 atau 4 jam untuk sampai di destinasi yang dituju. Selepas tiba, terkesan dengan melihat keindahan yang teramat cantik ciptaan Allah SWT . SubhanaAllah !! Pesanan dari perkongsian pak engku, kepada saya " tiada perkara yang boleh dibeli melihat keindahan Allah SWT, walaupon kita ini kaya raya, banyak wang ringgit, atau mempunyai pekerjaan yang baik. Tetapi melihat keindahan Allah SWT dengan sahabat atau keluarga. MASA itu tidak mampu dibeli. Terkesan dalam hati, mencari kebahagian atau ketenangan itu bukan sekadar wang ringgit atau mampu dibeli di pasar raya tetapi hanya orang yang merasa bahagia akan bersyukur. 🤲🏻                                                                                                            - Hidayah Razla

" Kebudayaan "

[ Hari ke 12 ] " Kebudayaan " Sabtu ( 23 / 2 / 2019 ) Terkesan saya sepanjang harian ini adalah mengenai keukhawan dan kebudayaan Mengenai Masyrakat Aceh. Kali ini kami berkesempatan dijemput menghadiri majlis walimatul urus perkahwinan masyarakat Aceh temannya bapak Abi ( Usuluddin ). Di dalam pengembaraan ini, kami melihat tarian masyarakat aceh tradisional. Upacara itu sebagai tanda menyambut tetamu dari luar daerah aceh dan luar negara . Ini sangat membahagiakan saya kerana dapat melihat secara langsung. Selain itu, kami merasai masakan aceh, melihat kebudayaan, masyarakat aceh menyambut pengantin perempuan. Dan mempelajari banyak pengalaman serta ilmu dalam jalan mujahadah ini.                                                                                                                   - Hidayah Razlan -       

SPEAK OUT !

23 Februari 2019 – Fakulti Ekonomi dan Bisnes Islam menjadi tempat terkesannya saya dengan mahasiswa yang mempunyai jiwa besar membawa kepada generasi yang cakna dengan isu semasa dan peka dengan politik dan ekonomi yang berlaku di negara mereka. Saya terkesan dengan perkongsian seorang mahasiswa yang menghadiri suatu seminar berkenaan ekonomi yang patuh Syariah , soalan yang diberikan adalah berkenaan “Kenapa seminar ini dihadiri oleh pelajar sahaja ? Sepatutnya seminar ini juga dihadiri oleh pemerintah supaya mereka tahu agenda yang perlu direformasikan oleh pemerintah untuk negara akan datang. Jadi, amat menyedihkan apabila jawapan daripada panel adalah mengatakan bahawa , “Apa yang kau telah sumbangkan pada desa kau?” Terus menyentap panel terhadap penanya soalan. Lalu, untuk mengelakkan ketegangan terus berlaku, “Pelajar tersebut menjawab bahawa beliau telah melalui beberapa inisiatif untuk desanya. Namun usaha ini hanya kecil-kecilan kerana beliau masih bersekolah dan baje

ALAM BERKATA-KATA

22 Februari 2019 – Pengalaman mencipta kenangan dibawah matahari yang hampir ghurub, berlantaikan pasir berbumbungkan langit yang terbentang luas menerpa kami. Menjadi satu kebahagiaan buat kami keranna diberikan rahmat Allah untuk menerima hikmah langsung dari Tuhan. Dibawa pergi ke sebuah pantai yang bermulanya kisah tsunami yang menjadi tragedi lampau yang mengerikan, yang kalau boleh tidak mahu diingat oleh orang-orang di sini, pantai lampu’uk menjadi pusat permulaan yang dulunya pantai ini tidak menjadi tarikan sangat, namun kini menjadi tarikan orang luar yang datang dari pelbagai negara, keindahan pantai yang menjadi tarikan umum setelah tragedy tsunami menghempas Bumi Aceh. Perubahan drastic yang berlaku di negara Aceh mencipta hikmah yang mana berakhirnya peperangan antara Aceh dan Indonesia setelah berpuluh tahun berperang dan mengorbankan lebih dari 30,000 nyawa dan fenomena tsunami ini mengorbankan lebih dari 200,000 nyawa yang terkorban. Namun, jujurnya saya teruja

KEAKRABAN

Image
 [ Hari ke 11 ] " Keakraban " Jumaat ( 22 / 2 / 2019 ) Terkesan saya sepanjang harian ini adalah mengenai keukhawan antara pelajar Malaysia ( UNISEL ) dengan Wakil Mahasiswa UIN. Kami malam ini ada " ngopi " bersama mereka. Tetapi dijanjikan pada pukul 8.30 malam - 10 malam, atas perubahan dengan dianjakan pada perjumpaan pukul 10.30  - 12.00 am di Helkin kerana ada jemputan di rumah ABI ( Dekan Usuluddin ) . Sejumlah ramai 35 Mahasiswa yang menunggu kehadiran kami. Pelabgai persoalan dan isu semasa dibincangkan antara Mahasiswa Malaysia dengan UIN Indonesia. Kata Fadzil " Tenaga orang Muda bisa menhancurkan sebuah Gunung "                                                                                                                               Hidayah Razlan,

MAHASISWA BITARA

21 Februari 2019 : Kami dapat mengadakan pertemuan bersama pimpinan mahasiswa  SainTek di fakultas mereka. Banyak perkara yang dapat kami berbincang dan berdiskusi berkaitan dengan mahasiswa. Kami dapat bertukar idea berkaitan dengan Malaysia & Aceh. Saya terkesan dengan semangat mahasiswa yang yakin dalam berkata-kata. Kepetahan dalam menyampaikan sesuatu perkara itu dengan lantang dan jelas. Malah, kami dapat sambutan yang sangat meriah dari pimpinan Sema, Dema & Hmp dari fakultas Adab. Walaupun keadaan kami dalam kepenatan setelah pertemuan yang telah diaturkan, hilang sediakala setelah kami disambut sebagai orang penting dalam acara tersebut. Apa yang dapat saya lihat mahasiswa perlu mempromosikan diri kepada masyarakat bukan dipromosikan oleh masyarakat. Hidup Biar Berjasa!! Tulisan, Bro Amir

memperjuangkan ilmu

Image
[ Hari ke - 10 ]  " Memperjuangakan ilmu  " Khamis ( 21 / 2 / 2019 ) Terkesan saya sepanjang seharian ini adalah mengenai kalau kita mempunyai ilmu setinggi apa pun jika tidak dapat memberikan manfaat kepada masyarakat. Tidak guna jika memegang segulung ijazah. Itulah pesanan Para Mahasiswa di University Islam Negeri Ar - Raniry Aceh . Mereka adalah " UIN Nadi kepada Jantung Aceh " . Sangat semangat Para Mahasiswanya untuk memberikan manfaat kepada masyarakat. Lalu apakah ada jiwa seperti itu Para Mahasiswa di Malaysia ? ( dialog dalam hatiku)                                                                                                                                                                                                                                             hidayah Razlan,

IBRAH HARI INI

21/2/2019 - Hari yang paling memenatkan buat kami kerana jadual yang dibuat sangat sarat dengan kuliah, pertemuan fakulti, pertemuan mahasiswa dan jemputan-jemputan mengopi yang memenuhkan lagi ruang jadual kami. Namun, aku sungguh terkesan dengan sambutan mahasiswa dari Fakulti Adab dan Humanisme. Mereka menyambut kami dengan kemeriahan umpama Dewan Parlimen Mahasiswa. Sungguh aku sangat beruntung dan bahagia sekali dengan pertemuan ini. Apa yang diceritakan oleh Pak Engku kepada kami, bahawa Pelajar Malaysia yang berada di sini tidak bersosialisasi dengan pelajar-pelajar di sini. Justeru kerana mereka melihat kami sangat ramah dan menyambut baik mereka, maka mereka memberikan sambutan yang sangat mengujakan. Mungkin sedikit pesanan saya buat sahabat-sahabat yang belajar di Indonesia khususnya, bersosial dan bergaul lah dengan masyarakat sekeliling di Indonesia, kalian beruntung dapat berkenalan dengan masyarakat di sini yang mana orang lain tidak berpeluang ke sana. Semoga kalia

WARISAN

Image
20  Februari 2019 : Hari ini kelas kami disusun dengan acara yang padat. Perjumpaan yang telah diaturkan oleh pihak universitas dengan pertemuaan Dekan Fakulti Syariah dan Hukum berkaitan dengan sesi kuliah serta program study yang sedia ada. Kami berjaya mengikuti kelas Fiqh Mawaris yang berkaitan dengan pewarisan harta pusaka. Penerangan yang disampaikan oleh Ustaz Gamma memberi pencerahan kembali dengan ilmu yang telah saya pelajari. Setiap orang perlu tahu dalam mempelajari ilmu berkaitan dengan pewarisan harta pusaka. Malah, Ustaz Gamma berpesan agar ilmu ini bukan hanya sekadar mempelajari malah perlu mengaplikasikan agar ilmu tersebut tidak digunakan. Agak terkesan agar ilmu yang telah dipelajari dapat memberi manfaat kepada kemaslahatan umat yang berlaku. Berkaitan dengan soal pengurusan agama, kami dapat mengadakan pertemuan dengan Dinas Syariat Islam yang mengawal dan merangka satu rang undang-undang yang berkaitan dengan syariat Islam. Saya sempat bertanya berkaitan de

IBRAH TSUNAMI

20 Februari 2019 – Hari yang padat bagi kami pagi kuliah subjek Fiqh Mawaris dan selepas itu ke Dinas Syariat Islam ( https://dsi.acehprov.go.id/sejarah-dsi/ ) boleh baca lebih mendalam di pautan ini. Perbincangan kami tadi banyak menyentuh soal pemerintahan berlandaskan Syariah. Berkenaan ekonomi terutama sekali bank bagaimana ianya dikatakan sebagai bank Syariah kalau akhirnya ianya menuju ke bank konvensional di peringkat pusat? Pelbagai perbahasan yang diutarakan yang membuatkan saya berfikir dan merasakan bahawa kita tidak akan dapat melaksanakan hukum Syariah sepenuhnya kerana kita mempunyai golongan non-muslim yang perlu kita santuni, dan perlu juga kita teliti tentang waqi’ semasa bagaimana penerimaan rakyat untuk melaksanakan hukum Syariah? Dan Alhamdulillah malam itu kami di bawa keluar dengan Pak Engku dan Dr Fiqri. Pak Engku bercerita tentang sejarah Aceh, yang membuatkan saya berfikir bahawa kita adalah berkeluarga. Peristiwa peperangan Aceh dan Indonesia yang berpu

HARTA WARISAN :)

Image
20 Februari 2019 - Hari ini kami diterangkan dalam kuliah tentang hukum faraid iaitu pembahagian harta si pemati kepada pewarisnya. Ramai orang tidak tahu bagaimana mahu mengurus harta si pemati kerana mereka tidak menitik beratkan untuk mempelajari ilmu faraid itu sendiri. Oleh demikian, mempelajari ilmu faraid amat penting bagi memahami serta mengetehui hak-hak harta yang perlu dibahagikan dalam Islam. Banyak contoh situasi yang sering berlaku apabila ada sebahagian ahli keluarga meninggal dunia dan hartanya itu nak diuruskan macam mana.  Maka pak Gama itu pun menerangkan cara-cara untuk menyelasaikan harta warisan tersebut. Pak Gama juga berpesan kepada kami yang dosa dengan Tuhan, Tuhan boleh maafkan. Tetapi dosa dengan manusia, belum tentu boleh dimaafkan. Dosa dengan manusia yang di maksudkan ini antaranya adalah hutang kita dengan sesama manusia itu. Selagi kita tidak menyelesaikan hutang tersebut, maka dosa kita dengan manusia itu tidak terlepas. Semoga selepas ini seki

" Mengembaralah wahai anak muda "

Image
[ Hari ke 9 ]   " Mengembaralah wahai anak muda "  Rabu ( 20 / 2 / 2019 ) Terkesan saya sepanjang seharian ini adalah mengenai kelangsaian hutang yang dipelajari oleh Prof . Jamalakhir di kelas faraid di fakultas Syariah dan hukum. Hutang itu sangat penting itu diselesaikan . Allah mengampunkan semua dosa kecuali dosa yang orang masih berhutang. Allahuakbar, terkesan kata - kata Prof ini. Memberikan muhasabah diri ini perlu selesaikan hutang sebelum kita menghadap Allah SWT . Keduanya, terkesan dengan kata kata pak engku mengenai anak muda harus tahu tentang sejarah dan peta dunia terutama peta Asia Tenggara supaya tidak ditipu oleh orang asing atau penjajah. Jagakan kedaulatan Negara, Agama dan adat. " Nikmatilah Setiap Langkahmu, Kerana Langkahmu itu adalah Sejarah "

PUISIKU - Hidayah Razlan

Puisi sebuah Perjalanan ✨ [   Puisi hari ke - 1 ] 12 february 2019 - Isnin Izinkan Aku MengingatiMu! Pengembaraan cinta bermula. [Puisi hari ke - 2 ] 13 february 2019 - Selasa Ku Tuliskan Sejarah Cintaku Dalam Lembaran Kecil, Kuayungkan Tinta Menelusuri Waktu Demi Waktu, Bercerita Tentang Seseorang Yang Berada Di Bintang, Yang Mengunjunginya Hanya dalam Doa, Dan kusapa Kau Hanya Dalam Diam, Malam-Malam Ku Tersentuh Dengan Harapan, Doa-Doa Ku Beralas atas Namamu SujudKu PadaNya Mengalirkan Jiwa Tenang, Aku hanya Dapat Bersabar Penuh ketabahan, [ Puisi hari ke - 3 ] 14 February 2019 - Rabu " Ku mengenal erti sejarahwan" Bila masa lalu pernah dilalui, pada hari itu. DiriNya & perjuanganya  berkorban jiwa dan perasaan. Namun tidak dihargai pun pengorbanan itu. [ Puisi hari ke - 4 ] " Alam Kotaku" Seronok dalam alpa, Seakan tidak lupa Bahagianya palsu, Parahnya nafsu Mahu tinggal baru kesal, Tingkatkan amal,

PUISI : KEMBARA CINTA

Hitungan hari makin terasa, Merindu nan jauh disana, Jiwa kosong mencari makna, Kehidupan yang masih muda, Meninggalkan akan segala keseronokan, Menjelajah dunia mencari erti kehidupan, Sebeluterlambat mengerti dunia, Bro Amir 12/2/19 Bukan mudah dalam menghayati kehidupan, Ada yang baik ada yang buruk, Jangan terjerat dalam dunia penyesalan, Agar tidak hidup merana Bro Amir 13/2/19 Tuhan, KAU tidak pernah diam, KAU tidak pernah tidur, Saat menyaksikan hambamu tersakiti, Akan luka yang dihiris, Dengan dosa yang dilakukan, Adakah ada kegembiraan untukku? Adakah ada kedudukan untukku? Setelah lama aku jejak di duniaMu, Ku terfikir sejenak, Di tebing fajar ku merenung, Di lewat senja ku Tuhan, Kini ku mengerti akan semuanya, Akan segala sisa yang berbaki, Nikmat akan kecintaanMU, Melebihi akan segalanya, Bro Amir 14/2/2019 Ya syabab, Bisakah kau mengerti, Erti satu kehidupan? Yang bisa kau harungi, Erti satu p

PUISI - Luqman Hamdan

Orang gila tak akan diam di kampung halaman. Meninggalkan negeri merantau ke tempat orang. Pergi dapatkan pengganti kerabat dan teman. Berpenat-lelah, terasa manis setelah berjuang. 12/2/2019, Masjid Raya Baiturrahman Merantaulah untuk membina jati diri. Merantaulah agar tau hidup mandiri. Merantaulah agar tau erti rindu sebenarnya. Bukan sekadar mencari pengalaman dan pelajaran. 13/2/2019, Pantai Ule Lheuu Jangan pernah mengeluh apalagi menyerah. Kalian lebih untung dari mereka di luar. Jangan pernah iri kepada mereka yang di atas. Kerana yang di anggap atas adalah sebaris dan tujuan yang sama. 14/2/2019, Wisma Cendana Orang dungu mengaku berilmu Menjerit-jerit tak tahu malu Memenggal kepala agar semua setuju Kau orang memang pandai menipu 15/2/2019, UUI Orang mati memimpin negeri Monyet-monyet mengaku suci Membohongi rakyat tak henti-henti Yang jujur dan lurus dibilang anomali 16/2/2019, Panti Asuhan Muhammadiyah Pulanglah engkau dengan