ALAM BERKATA-KATA
22
Februari 2019 – Pengalaman mencipta kenangan dibawah matahari yang hampir ghurub,
berlantaikan pasir berbumbungkan langit yang terbentang luas menerpa kami. Menjadi
satu kebahagiaan buat kami keranna diberikan rahmat Allah untuk menerima hikmah
langsung dari Tuhan. Dibawa pergi ke sebuah pantai yang bermulanya kisah
tsunami yang menjadi tragedi lampau yang mengerikan, yang kalau boleh tidak
mahu diingat oleh orang-orang di sini, pantai lampu’uk menjadi pusat permulaan
yang dulunya pantai ini tidak menjadi tarikan sangat, namun kini menjadi
tarikan orang luar yang datang dari pelbagai negara, keindahan pantai yang
menjadi tarikan umum setelah tragedy tsunami menghempas Bumi Aceh.
Perubahan drastic
yang berlaku di negara Aceh mencipta hikmah yang mana berakhirnya peperangan
antara Aceh dan Indonesia setelah berpuluh tahun berperang dan mengorbankan
lebih dari 30,000 nyawa dan fenomena tsunami ini mengorbankan lebih dari
200,000 nyawa yang terkorban. Namun, jujurnya saya teruja kerana pertama kali
saya melihat keindahan pantai dan langit yang terbentang luas yang terjadi
selepas fenomena yang indah ini, hikmah Tuhan yang terbentang luas bagi mereka
yang “ulul albab”. Sepertimana dalam firman Allah swt “….Dan mengapa kamu tidak
berfikir?”
Saya sering
berdoa semoga Allah membuka pintu rezeki buat warga Aceh dan bertabah atas
peristiwa yang meragut beribu nyawa di dalam bencana tsunami yang menjadi kisah
ngeri dan tidak mahu menjadi kenangan atau sejarah buat mereka di sini.
Catatan ,
Leftenan Aqilah :)
Comments
Post a Comment