IBRAH HARI INI

21/2/2019 - Hari yang paling memenatkan buat kami kerana jadual yang dibuat sangat sarat dengan kuliah, pertemuan fakulti, pertemuan mahasiswa dan jemputan-jemputan mengopi yang memenuhkan lagi ruang jadual kami. Namun, aku sungguh terkesan dengan sambutan mahasiswa dari Fakulti Adab dan Humanisme. Mereka menyambut kami dengan kemeriahan umpama Dewan Parlimen Mahasiswa. Sungguh aku sangat beruntung dan bahagia sekali dengan pertemuan ini.

Apa yang diceritakan oleh Pak Engku kepada kami, bahawa Pelajar Malaysia yang berada di sini tidak bersosialisasi dengan pelajar-pelajar di sini. Justeru kerana mereka melihat kami sangat ramah dan menyambut baik mereka, maka mereka memberikan sambutan yang sangat mengujakan. Mungkin sedikit pesanan saya buat sahabat-sahabat yang belajar di Indonesia khususnya, bersosial dan bergaul lah dengan masyarakat sekeliling di Indonesia, kalian beruntung dapat berkenalan dengan masyarakat di sini yang mana orang lain tidak berpeluang ke sana.

Semoga kalian dapat mengharumkan nama Malaysia juga menunjukkan sikap orang Melayu yang beradab sopan santun selari dengan nilai dan jati diri yang telah ditanamkan sejak bermula usia dini. Satu hal yang perlu kalian ingat adalah, kita adalah rumpun dan bersaudara!

Catatan ,

Leftenan Aqilah :)

Comments

Popular posts from this blog

Syair Perahu - Hamzah Fansuri ( Rangkap 1 - 5 )

MAKAM SYIAH KUALA

MERIAM LADA SECUPAK