HARTA WARISAN :)

20 Februari 2019 - Hari ini kami diterangkan dalam kuliah tentang hukum faraid iaitu pembahagian harta si pemati kepada pewarisnya. Ramai orang tidak tahu bagaimana mahu mengurus harta si pemati kerana mereka tidak menitik beratkan untuk mempelajari ilmu faraid itu sendiri. Oleh demikian, mempelajari ilmu faraid amat penting bagi memahami serta mengetehui hak-hak harta yang perlu dibahagikan dalam Islam. Banyak contoh situasi yang sering berlaku apabila ada sebahagian ahli keluarga meninggal dunia dan hartanya itu nak diuruskan macam mana. 

Maka pak Gama itu pun menerangkan cara-cara untuk menyelasaikan harta warisan tersebut. Pak Gama juga berpesan kepada kami yang dosa dengan Tuhan, Tuhan boleh maafkan. Tetapi dosa dengan manusia, belum tentu boleh dimaafkan. Dosa dengan manusia yang di maksudkan ini antaranya adalah hutang kita dengan sesama manusia itu. Selagi kita tidak menyelesaikan hutang tersebut, maka dosa kita dengan manusia itu tidak terlepas. Semoga selepas ini sekiranya kita ada berhutang dengan siapa-siapa, perlu dijelaskan secepat yang mungkin agar hidup kita akan lebih sentiasa tenang dan bebas dari hutang manusia .







Catatan Oleh,
Athirah Ibrahim.

 ( HARI 9 )

Comments

Popular posts from this blog

Syair Perahu - Hamzah Fansuri ( Rangkap 1 - 5 )

MERIAM LADA SECUPAK

MAKAM SYIAH KUALA