SPEAK OUT !
23
Februari 2019 – Fakulti Ekonomi dan Bisnes Islam menjadi tempat terkesannya
saya dengan mahasiswa yang mempunyai jiwa besar membawa kepada generasi yang
cakna dengan isu semasa dan peka dengan politik dan ekonomi yang berlaku di negara
mereka. Saya terkesan dengan perkongsian seorang mahasiswa yang menghadiri suatu
seminar berkenaan ekonomi yang patuh Syariah , soalan yang diberikan adalah
berkenaan “Kenapa seminar ini dihadiri oleh pelajar sahaja ? Sepatutnya seminar
ini juga dihadiri oleh pemerintah supaya mereka tahu agenda yang perlu
direformasikan oleh pemerintah untuk negara akan datang.
Jadi, amat
menyedihkan apabila jawapan daripada panel adalah mengatakan bahawa , “Apa yang
kau telah sumbangkan pada desa kau?” Terus menyentap panel terhadap penanya
soalan. Lalu, untuk mengelakkan ketegangan terus berlaku, “Pelajar tersebut
menjawab bahawa beliau telah melalui beberapa inisiatif untuk desanya. Namun usaha
ini hanya kecil-kecilan kerana beliau masih bersekolah dan bajet pun yang
dikeluarkan adalah sedikit”. Nah, itulah, di Indonesia mahasiswa diberikan
kuasa untuk berbicara secara lantang yang penuh dengan jati diri dan matlamat
hidup yang tinggi. Mereka tidak pernah takut dengan ancaman dan ugutan daripada
pemerintah.
Justeru,
harapan saya adalah, sebagai mahasiswa bangkitlah dan berjuanglah jika kita
cintakan dan sayangkan negara kita! Bangkitlah untuk membina peradaban dan
membina anak bangsa demi masa hadapan. Usah takut dan gentar , Just Speak Out !
Catatan ,
Leftenan Aqilah :)
Comments
Post a Comment