SPEAK OUT !
23 Februari 2019 – Fakulti Ekonomi dan Bisnes Islam menjadi tempat terkesannya saya dengan mahasiswa yang mempunyai jiwa besar membawa kepada generasi yang cakna dengan isu semasa dan peka dengan politik dan ekonomi yang berlaku di negara mereka. Saya terkesan dengan perkongsian seorang mahasiswa yang menghadiri suatu seminar berkenaan ekonomi yang patuh Syariah , soalan yang diberikan adalah berkenaan “Kenapa seminar ini dihadiri oleh pelajar sahaja ? Sepatutnya seminar ini juga dihadiri oleh pemerintah supaya mereka tahu agenda yang perlu direformasikan oleh pemerintah untuk negara akan datang. Jadi, amat menyedihkan apabila jawapan daripada panel adalah mengatakan bahawa , “Apa yang kau telah sumbangkan pada desa kau?” Terus menyentap panel terhadap penanya soalan. Lalu, untuk mengelakkan ketegangan terus berlaku, “Pelajar tersebut menjawab bahawa beliau telah melalui beberapa inisiatif untuk desanya. Namun usaha ini hanya kecil-kecilan kerana beliau masih bersekolah dan baje...