KELEBIHAN DOA ORANG YANG BERMUSAFIR :)
12 Februari 2019 – Sebelum kami mulai permusafiran
kami ke bumi Aceh pada jam 10:15 a.m, kami didatangi oleh ibu bapa Athirah
bagi mengiringi kami sehingga di hadapan pintu lepasan antarabangsa sebelum
berlepas. Dalam perjalanan kami untuk ke Gate, tiba-tiba kami terdengar nama
kami dipanggil untuk bagi mempercepatkan perjalanan kami sebelum kapal terbang akan
berlepas. Selepas itu kami semua pakat berlari selaju yang mungkin kerana perjalanan
nak ke Gate itu jauh sekali. Ketika itu, kami sangat risau yang kami tidak akan
sempat untuk sampai ke sana sebelum kapal terbang berlepas. Sehinggakan waktu
security cek barang, saya ingat jam tangan saya sudah diambil selepas security
cek barang kerana ketika itu kami semua sangat kelam kabut berlari untuk
mengejar sampai ke Gate secepat yang mungkin.
Saya
mula perasan yang jam tangan saya tiada ketika saya sudah berada di atas kapal
terbang. Hati saya sangat sedih kerana jam tangan yang dihadiahi oleh ayah saya
itu sudah hilang akibat kecuaian diri sendiri ketika kami berada di security
cek barang. Saya terus bertanya kepada sahabat yang lain untuk menanyakan sama
ada mereka ada ternampak atau tolong simpankan jam tangan saya ketika di
security cek barang. Tetapi malangnya semua kata mereka tidak jumpa jam tangan
saya. Saya jadi hiba atas kehilangan jam tangan tersebut dan masih berharap dan
berdoa bersungguh-sungguh sepanjang perjalanan kami ke Aceh agar ada keajaiban
selepas kami sudah selamat sampai ke destinasi yang kami ingin tuju.
Alhamdulillah,
setelah kami selamat tiba di Aceh pada jam 11:35 pagi (Waktu Indonesia) dan
sementara kami menunggu kedatangan Bang Muhardi selaku Ketua Umum Pelajar Islam
Indonesia bersama-sama Kak Dina PII Wati Aceh bagi menyambut kami, kami duduk
di dalam surau Sultan Iskanar Muda. Ketika itu, saya meminta kak Hidayah untuk
cek semula dipakaiannya sama ada dia ada terambil jam tangan saya lalu disimpan
didalam poket bajunya. Selepas dicek semula, jam tangan saya sudah dijumpai,
syukur Alhamdulillah! Disini saya melihat doa bagi orang yang sedang bermusafir
doanya sangat mustajab. Oleh itu, jangan terus berputus asa dan terus berdoa,
pasti Allah akan bantu.
Comments
Post a Comment