DIDIKAN KELUARGA

19 Februari 2019 : Selesai mempersiapkan diri, kami telah dijemput oleh Pak Mastur untuk ke Fakultas Tarbiyah bagi mengikuti acara yang telah disusun. Setelah tiba, saya terlihat ramai mahasiswa/i yang beratur di luar bangunan kampus. Itu merupakan pelajar yang akan  terlibat dengan acara wisuda. Kami tertarik dengan pakaian wisuda dari pihak kampus. Kami dibawa oleh Pak Ayyub melihat sekitar fakulti tarbiyah yang amat berbeda sama keadaan kampus saya. Setiap bidang/jurusam mempunyai kakitangan yang khusus untuk mengawal program tersebut. Suasana keadaan bilik dosen seperti bilik guru di sekolah. 



Kami dapat membuat pertemuan sama Ibu Jamiliah yang merupakan HOP PAUD bersama dosen dan mahasiswa/i tersebut. Pelbagai isu yang dibahaskan dalam pertemuan tersebut. Pendidikan anak2 perlu dimulakan dalam institusi kekeluargaan. Ibu bapa yang dipertanggungjawab dalam memberi pendidikan. Keberhasilan didikan tersebut dapat dilihat pade sahsiah yang telah dibentuk. Kemesraan dalam kekeluargaan dapat mewujudkan keharmonian.



Tulisan, 
Bro Amir

Comments

Popular posts from this blog

Syair Perahu - Hamzah Fansuri ( Rangkap 1 - 5 )

MAKAM SYIAH KUALA

MERIAM LADA SECUPAK