Tidak Putus Asa Mencari Rezeki dan Jangan Boros

Sabtu, 16hb Februari 2019: Sewaktu kami pergi ke Pasar Aceh yang terletak bersebelahan dengan Masjid Raya Baiturrahman, aku memerhatikan pelbagai macam cara yang dilakukan oleh para peniaga di sini dalam usaha mencari rezeki yang halal demi menampung kehidupan mereka. Ada yang tidak henti-henti memanggil pelanggan lalu lalang dengan suara yang lemah lembut, ada yang menyapa setiap pelancong luar dan tempatan seperti kami kerana mereka sudah kenal antara orang tempatan dan orang luar. Ada juga yang duduk sahaja di dalam dan diluar kedai sambil menghisap rokok atau berbual dengan rakan-rakan. Tetapi setiap seorang daripada mereka mempunyai sifat yang luar biasa iaitu mereka tidak pernah putus asa dan mengalah dalam berniaga. Di mana-mana tempat berdekatan dengan jalan raya ada saja pemandangan orang berniaga. Baik dari bisnes kedai makan sehinggalah kepada bisnes kecil yang menjual makanan ringan (kacang, kuaci, gula-gula kapas, snek berperisa) yang diangkat ke sana ke mari terutamanya di dalam kawasan masjid tanpa mengira waktu pagi, tengahari, petang dan malam sepanjang minggu setiap hari seolah-olah mereka tidak tidur.


Mereka bersyukur dengan apa yang mereka ada dan menggunakan sepenuh kudrat untuk mencari rezeki yang halal walaupun dalam keadaan yang serba biasa atau kekurangan. Sebagai seorang hamba Allah, kita seharusnya wajib bersyukur dengan nikmat pemberianNya seperti kehidupan, badan yang sihat dan minda yang cerdas. Kerana semua nikmat yang dikurniakan ini akan menjadi sia-sia sekiranya tidak digunakan dengan betul. Walaupun diuji dengan dengan bencana dahsyat tsunami pada tahun 2004, mereka bingkas bangkit daripada semua itu. Boleh saja mereka lari meninggalkan Banda Aceh ini tanpa ada seorang pun yang tinggal. Tetapi mereka tidak berbuat demikian sebaliknya terus menerus membangunkan bandar yang indah ini malahan lebih ramai orang luar dari Aceh datang bekerja dan terus menetap di sini. Kebanyakannnya berniaga, tetapi ada juga yang menjadi pemandu pelancong, pemandu Grab atau GoJek.


Ini semua membuktikan bahawa rezeki Allah itu sangat luas dan ada di mana-mana tanpa mengira tempat dan masa. Malahan, rezeki di bumi Aceh ini bertambah luas selepas tahun 2004 kerana Aceh menjadi destinasi pelancongan yang mempunyai pelbagai tempat yang menarik seperti PLTD Apung, Muzium Tsunami, Muzium Aceh, Taman Putra Phang dan pelbagai lagi. Dalam usaha mencari rezeki ini, hasil keuntungan yang didapati seharusnya dibelanjakan dengan bijak lagi berhemah walaupun kita mempunyai duit yang banyak. Kadang-kadang semasa urusan berbelanja di bumi Aceh ini kami menjadi keliru dengan jumlah sifar yang sangat banyak sehingga menjangkau berjuta-juta sampai pernah berbelanja lebih daripada yang sepatutnya (boros). Oleh yang demikian, saya suka untuk mengingatkan semua serta diri sendiri agar menahan nafsu sepanjang masa kerana ada saja barang dan makanan menarik yang mahu dibeli tetapi kadang kala kita terlupa bahawa duit tidak cukup dan itu semua sebenarnya kemahuan bukan keperluan.

p/s: Bakal diupdate dengan gambar.

Comments

Popular posts from this blog

Syair Perahu - Hamzah Fansuri ( Rangkap 1 - 5 )

MAKAM SYIAH KUALA

MERIAM LADA SECUPAK