IBU BAPA ANUGERAH TERBAIK :)


15 Februari 2019 – Di hari jumaat yang mulia, kami di datangi oleh ayah saya kerana ayah saya mempunyai program di Pedie, Indonesia . Kebetulan ayah saya ada di Aceh, ayah saya mengajak kami semua makan tengahari bersama-sama sebelum kami mula kuliah pada pukul 3 petang di Universitas Ubudiyyah. Kami telah dibelanja makan nasi uduk yang sangat sedap oleh ayah saya sendiri. Seterusnya kami terus ke UUI untuk kuliah yang ketiga dan kuliah kali ini berkisarkan tentang UB ONTV yang merupakan salah satu siaran televisyen di bawah UUI. 


Kemudian kami diminta untuk membuat video dan rakaman “trademark” sebagai tanda kata-kata terakhir sebelum meninggalkan Universitas Ubudiyyah Indonesia. Selesai kelas, kami dibawa oleh mahasiswi UUI ke Pekan Kota untuk membeli makanan. Rasa terharu dengan mereka kerana memang sanggup tinggalkan masa cuti mereka hanya untuk menemankan kami di sini sahaja. Terima kasih diucapkan buat mahasiswi UUI yang sanggup meluangkan bersama-sama kami di sini. Malah kami juga sempat berjumpa dengan rektor (dekan) UUI  di sini iaitu Marniati SE MEks.

Di waktu malam pula, selesai kami menunaikan solat maghrib di Masjid Kota kami berangkat ke Panti Asuhan Muhammadiyah dan alhamdulillah kami disambut baik oleh anak-anak di sana. Saya begitu terkesan kerana anak-anak disini kebanyakkan mereka bukan datangnya dari keluarga yang senang, ada yang masih mempunyai ibu atau ayah tapi terpaksa menanggung adik beradik yang lain yang menyebabkan mereka tidak mampu untuk membesarkan anak mereka dengan baik. Bukan itu sahaja, anak-anak disana semuanya datang dari latar belakang yang berbeza, ada yang faktor ibubapa meninggalkan mereka, ayah atau ibu sudah meninggal, "broken family" ibu bapa bercerai terus tidak mahu mengasuh mereka. Tetapi anak-anak disana tetap kuat walau diuji sebegitu. Semoga anak-anak panti asuhan Muhammadiyyah di sana berjaya mencapai cita-cita mereka yang inginkan, InshAllah.


Oleh itu, bagi yang masih mempunyai ibu bapa, hargailah mereka jangan sakiti mereka. Buat yang terbaik untuk mereka dan janganlah hampakan mereka kerana ibu bapa adalah kurniaan yang terbaik dari Ilahi untuk kita dan syukur sentiasa atas segala nikmat yang diberi jangan sesekali untuk mengeluh kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.







Catatan Oleh,
Athirah Ibrahim

( HARI 4 )


Comments

Popular posts from this blog

Syair Perahu - Hamzah Fansuri ( Rangkap 1 - 5 )

MAKAM SYIAH KUALA

MERIAM LADA SECUPAK