MEMAKNAI ERTI KESYUKURAN

17 Februari 2019 : Perjalanan hari saya bersama rakan-rakan pada hari ini memberi kesan yang amat mendalam akan memaknai erti kesyukuran. Perjalanan saya ke kantor PII dengan berjalan kaki terlihat akan kelibat seorang wanita yang sedang mencari sesuatu di dalam tong sampah. Kebingungan yang berlaku membuat saya semakin hendak mendekati. Namun, yang menyedihkan saya terlihat dia sedang mengutip sisa makan makan yang terdapat di dalam tong sampah. Masih ada insan yang memerlukan pertolongan untuk terus meneruskan kehidupan.

Kami meneruskan perjalanan ke Panti Asuhan Nurul Huda bagi memberi sedikit sumbangan kepada santri yang terdapat disana. Sumbangan makanan asas yang dibawa oleh kami mungkin dapat memberi makna pengharapan kepada mereka semua. Keberadaan kami disana amat disambut dengan baik oleh anak- anak panti asuhan tersebut. Persekitaran panti tersebut yang amat daif amat memerlukan sumbangan. Kami juga dapat melakukan aktiviti permainan yang santai dapat menghiburkan hati mereka. Seorang mudir yang bergelar Paman banyak memberi kami mengenai sejarah penubuhan panti asuhan tersebut yang dibina oleh hasil sumbangan orang luar. Hati berasa seronok dapat mengenali dengan rapat anak-anak panti asuhan tersebut.





Tulisan,
Bro Amir

Comments

Popular posts from this blog

Syair Perahu - Hamzah Fansuri ( Rangkap 1 - 5 )

MAKAM SYIAH KUALA

MERIAM LADA SECUPAK