HIDUP BIAR BERJASA
14
Februari 2019 – Hari ini merupakan hari yang paling letih dan penat. Bukan soal
aktiviti atau kelas, tetapi soal cuaca dan perjalanan. Hari ini kami semua
berpuasa Alhamdulillah inshaaAllah, disebabkan faktor cuaca, tidak cukup tidur
dan faktor perjalanan yang memenatkan kami semua keletihan dan lesu. Pagi tadi
kami menghadiri kelas “Shariah Preneurship” saya sangat tertarik dengan kelas
ini kerana ia mengajar pelbagai perkara dari aspek diri, keluarga, masyarakat
dan negara. Saya teruja di dalam kelas dan bertanyakan sebanyak mungkin soalan.
Kemudian
habis kuliah kami berangkat pulang ke Bandar dan terus ke Penginapan untuk
menyiapkan tugasan-tugasan yang tertunda (aktiviti indoor kerana cuaca sangat
panas terik). Kemudian kami berbuka dengan KFC, niat membeli KFC ini adalah
untuk merasakan rasa KFC di sini. Kerna kawan-kawan bagitau yang rasa di Aceh
dan Malaysia adalah berbeza.
Pada waktu
malam, kami dibawa ke rumah tokoh sejarawan Aceh iaitu Pak Tarmizi Abdul Hamid
dan Pak Herman (Faqih bab Manuskrip). Perkongsian yang sangat menarik,
mengenali Aceh dengan lebih mendalam dan berkongsi cerita serta pertanyaan yang
pelbagai dari kami. Doakan kami semoga sentiasa menjadi anak muda yang kompeten
dan mempunyai jati diri yang utuh dalam mempertahankan tanah air kami! HIDUP
BIAR BERJASA .
Catatan ,
Leftenan Aqilah
Catatan ,
Leftenan Aqilah
Comments
Post a Comment