SELAMAT DATANG !
12 Februari
2019 – Permulaan permusafiran kami ke bumi Aceh, jam 10;15 flight kami ke sana.
Perkara yang memalukan adalah, kami terlewat boarding, nama kami telah
dipanggil. Semua pakat-pakat berlari dengan keadaan dia memang jauh sangat nak
ke Gate, Cuma dalam hati berdoa semoga Allah sempatkan kami ke sana. Memang
risau sangat takut tertinggal.
Alhamdulillah
kami selamat tiba di Aceh jam 11:35 pagi (Waktu Indonesia) dan kami disambut
oleh Bang Muhardi selaku Ketua Umum Pelajar Islam Indonesia bersama-sama Kak
Dina PII Wati Aceh. Setibanya di sana mereka membawa kami solat di Masjid Raya
(Baitul Rahman) iaitu masjid yang terkecuali dari tsunami. Sungguh! Cantik
sangat serious subhanallah. Kemudian, kami ke kantor PII untuk berbincang
mengenai tentative program kami. Dan seterusnya kami bergerak ke penginapan di
Wisma Nusa Cendana. Sebelum ke penginapan, kami dibawa ke Pantai Lampu’Uk
pantai yang menjadi fenomena tsunami pada april. Saya teruja dengan keindahan
pantai dan perubahan bentuk serta keadaan pantai yang menjadi lebih cantic
(Menurut teman2 di sana). Namun sungguh Allah itu Maha Besar mencipta dan
menjadikan sesuatu.
Selepas
itu kami singgah solat di Masjid Lampu’Uk yang mana menjadi masjid yang telah
dibina semula selepas peristiwa tsunami. Dan kami sempat diberikan pau coklat
yang begitu enak rasanya dan besar serta lembut sekali. Kemudian kami langsung
pulang ke penginapan.
Catatan,
Leftenan Aqilah :)
Comments
Post a Comment