PENGALAMAN HIDUP MANUSIA ITU BERBEZA


15 Februari 2019 – Hari ini kami kuliah untuk hari ketiga, kuliah kali ini berkisarkan tentang UB ONTV yang merupakan salah satu siaran televisyen di bawah Universitas Ubudiyyah. Kami diminta membuat video dan rakaman “trademark” sebagai tanda kata-kata terakhir sebelum meninggalkan Universitas Ubudiyyah Indonesia. Selepas di UUI kami dibawa oleh mahasiswi UUI ke Pekan Kota untuk membeli makanan. Rasa terharu dengan mereka kerana memang sanggup tinggalkan masa cuti mereka hanya untuk menemankan kami di sini. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan buat mahasiswi UUI yang mekuangkan bersama-sama kami di sini.

Seusai di UUI kami berangkat ke Masjid Kota untuk menunaikan solat sebelum berangkat ke Panti Asuhan Muhammadiyah. Alhamdulillah kami disambut baik oleh anak-anak di sana, walaupun kami agak sedikit lewat. Saya begitu terkesan disini kerana sempat menemubual seorang anak panti, anak ini sama adik dan abangnya menginap di sini kerana bapanya dimasukkan ke penjara dan ibunya kini tinggal bersama-sama mereka di panti asuhan kerja sebagai tukang masak. saya terkesan kerana mereka semua datang dari latar belakang yang pelbagai, ada yang faktor ibubapa meninggalkan mereka, ayah atau ibu sudah meninggal, "broken family" ibu bapa bercerai terus tidak mahu mengasuh mereka. jadi, mungkin sedikit pesanan saya buat pembaca blog ini, nikmatilah kehidupan anda selagi mana kalian punya kehidupan yang enak, bahagia. walaupun mengalami sedikit konflik selesaikan konflik itu secara musyawarah (berbincang). Usah dipanjangkan lagi perkara kecil. 

Mari kita semua doakan semoga anak-anak di Panti Asuhan ini berjaya mencapai cita-cita mereka! mereka kebanyakan bercita-cita menjadi tentera, doktor! jom Aminkan! Terima kasih semuanya!

Catatan,

Leftenan Aqilah :)



Comments

Popular posts from this blog

Syair Perahu - Hamzah Fansuri ( Rangkap 1 - 5 )

MAKAM SYIAH KUALA

MERIAM LADA SECUPAK