KESUNGGUHAN DALAM MELAKSANAKAN SESUATU ARAHAN :)
17 Februari 2019 – Untuk kali ini kami juga
telah mengadakan program di panti asuhan yang buat kali kedua dan panti asuhan
kali ini adalah di Panti Asuhan Nurul Huda. Panti asuhan disana sangat dhaif
yang perlu menanggung seramai 250 orang dan ada diantara mereka adalah di
kalangan orang yang miskin, anak yatim piatu, ditinggalkan ibubapa, dan
sebagainya. Saya melihat mereka sangat semangat apabila kami memberi arahan
untuk mereka reka suatu bangunan yang cantik mengikut kreativit masing-masing
dengan menggunakan apa yang ada di alam sekitar sahaja mengikut kumpulan masing-masing
Apabila mereka sudah selasai
dalam pembinaan bangunan mereka, mereka berjaya reka bentuk bangunan yang
sangat cantik dan pelbagai jenis corak dicipta oleh mereka serta kerjasama yang
diberikan oleh mereka sangat bagus sekali. Sebenarnya rekaan pembinaan mereka lebih kreatif walaupun mereka tidak hidup dalam keadaan senang seperti kanak-kanak yang lain. Selain itu, panti asuhan di sana sangat
menyambut kedatangan kami dengan baik, saya sangat terharu sambutan mereka
walaupun kami berlainan negara. Maka di sini kita perlu tekankan bahawa walaupun kita bukan negara yang sama, tapi kita tetap disambut baik kerana kita adalah saudara sesama Islam.
Catatan Oleh,
Athirah Ibrahim
( HARI 6 )
Comments
Post a Comment