PENDIDIKAN UNTUK SEMUA
19
Februari 2019 – “Mereka tidak lahir untuk hidup hari ini, mereka dilahirkan
untuk hidup di zaman mereka. Tugas kita adalah mempersiapkan masa depannya!”
itulah antara ungkapan yang dilontarkan oleh secretariat DINAS Dayah Pendidkan
Islam Aceh. Ungkapan yang pada saya membuka mata kita semua khususnya berkenaan
masa depan generasi kita. Apa yang kita mahu jadikan mereka? Bagaimana corak
kehidupan masa depan mereka seandainya pembinaan insan atau pembinaan bangsa
itu tidak bermula di usia dini (kanak-kanak).
Saya terinspirasi sistem
pendidikan di sini adalah mereka menjadikan bahawa dalam membentuk karakter
seseorang anak itu adalah bermula dari pendidikan ibu bapa di rumah, juga
kemudian dari segi sistem yang diatur oleh pemerintah yang betul-betul
memainkan peranan buat anak-anak ini. Terutama dalam penyusunan silibus,
penelitian dan kajian haruslah dibuat dengan tepat, supaya anak-anak ini dapat
memaknai, memahami dan mempraktikkan pembelajaran di dalam kelas ke dalam
lingkungan masyarakat. Itulah baru dikatakan sebagai pendidikan yang teresap ke
dalam jiwa anak-anak di sekolah.
Jadi dalam
hari ini, saya melihat bahawa untuk menjadi negara yang maju, rakyatnya harus
maju, maju itu bukan berarti teknologi nya maju, tetapi majunya peradaban,
majunya sistem pendidikan, majunya pemikiran rakyat dalam membuat
rasionalisasi. Menyelidiki setiap khabar yang diterima, bukan terus menghukum “membabi
buta”. Dan kerana ini jugalah di ajar dalam Islam, bahawa seandainya dating kepada
kamu seorang fasiq membawa berita maka selidiklah dahulu.
Paling saya
terkesan jujurnya apabila Pak Azhary yang merupakan Sekretaris DINAS Pendidikan
Dayah Aceh beliau mengatakan bahawa, “Setiap kelompok rakyat mahupun kaya atau
miskin itu wajib mendapat pendidikan seperti orang lain, mereka itu juga
manusia yang perlu belajar untuk membangunkan diri dan keluarga mereka”.
Jujurnya
saya rasa sebak sangat mendengar perkataan itu, ya, kalau di sini mungkin masih
ada golongan yang belum menerima pendidikan seperti kita kerana faktor
kewangan, keluarga dan sebagainya. Justeru, kita yang berada di Malaysia ini,
adakah kita masih merasakan dalam keadaan yang selesa dan mengambil sikap untuk
belajar main-main dan tidak bersungguh-sungguh?
Catatan ,
Leftenan Aqilah :)
Comments
Post a Comment