BERMULA DARI IBU BAPA :)
Pensyarah disini banyak menekan peranan ibubapa terhadap anak-anak amatlah penting agar dapat melahirkan generasi manusia yang berpendidikan serta mempunyai akhlak yang mulia mengikut syariat Islam. Sekiranya ibu bapa itu tidak berjaya mendidik anak-anak mereka dari kecil, ini bermakna ibu bapa itu gagal dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa terhadap keluarga dengan baik. Maka akan berlakulah kesilapan dari anak-anak mereka setelah mereka meningkat dewasa akibat kurangnya didikan agama oleh ibu bapa mereka itu sendiri. Oleh demikian, sebagai seorang ibu bapa perlu menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan sebelum mereka membina keluarga bersama agar berjaya melahirkan insan yang berguna untuk bangsa, negara dan agama suatu hari nanti, inshAllah.
Catatan Oleh,
Athirah Ibrahim
( HARI 8 )
Comments
Post a Comment