HEWI BERDAYA, RIJAL PERKASA!
13
Februari 2019 – Hari pertama kami masuk ke kuliah di Universitas Ubudiyyah
Indonesia. Kami mempelajari soal Mind Mapping. Dan paling teruja kami on air di
televisyen UUI, dan saya merasakan bahawa di Indonesia mereka mempunyai suatu
medium media yang sangat luas dan tidak terbatas. Sungguh saya rasa beruntung
menjadi sebahagian dari mereka.
Selepas
itu kami di bawa makan ke nama tempat makan itu “Meeting”. Kami makan nasi uduk
ayam, seriously, memang enak sekali!sambal dia memang padu lah pedas dia, tak
tahan mulut dan perut. Selepas itu kami pulang ke bandar semula ke kantor PII
dan mereka bawa kami ke Pantai Ulee Lhee. Pengalaman saya diberi kepercayaan
untuk menunggang motosikal di Banda Aceh! Saya teruja sangat dan gembira dapat
menunggang sndiri.
Setelah
itu kami makan sate padang dan jus alpukat, seusai itu, saya dan athirah
ketinggalan motor mereka. Mereka sangat laju keadaan cuaca maghrib dan ingin ke
malam, jadi menyukarkan saya melihat jalan. Dan akhirnya kami sesat. Saya
langsung berhenti di kedai makan memohon bantuan pemuda di sana. Sungguh mereka
baik sekali memberikan pertolongan kepada kami. Dan Alhamdulillah bang muhardi
dan amir datang jemput kami dan terus pulang ke kantor PII.
Catatan,
Leftenan Aqilah
Catatan,
Leftenan Aqilah
Comments
Post a Comment