MAHASISWA BITARA DAN BERJASA
16
Februari 2019 – Pada hari ini kami di bawa keluar ke di psaar Aceh. Perkara yang
mengesankan pada diri saya adalah apabila saya melihat kesungguhan mereka
melayan pelanggan, menarik pelanggan, menaikkan harga barang pada pelanggan. Walaupun
perasaan saya sedikit “menyampah” dan sedikit rimas dengan keadaan sebegini,
tetapi disebabkan merasakan bahawa ini adalah perangai mereka. Yang memang
menjadi kebiasaan mereka, jadi, setiap kali saya ke sini saya harus biasakan
untuk menghadapi perkara ini. Saya teringat satu buku yang ditulis oleh Za’ba
iaitu “Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri” yang mana ianya menyentuh soal
sikap yang biasa kita lakukan dalam diri yang sebati dan menjadi prinsip hidup.
Boleh jadi
prinsip hidup itu ada yang baik, dan ada yang tidak, yang membawa kepada
kemudharatan insan itu. Jadi, kerana itulah, dalam membentuk peribadi diri,
perlu ada guru yang sahih dan sumber yang betul. Supaya tidak diajar
ajaran-ajaran sesat dan membentuk satu fikrah yang yang tidak bagus.
Pada waktu
malam itu, kami dibawa mengopi di Kota Alam Café, berjumpa dengan Ketua Umum
gerakan Islam iaitu Pelajar Islam Indonesia (PII) , Himpunan Mahasiswa Islam
(HMI) , Muhammadiyah. Di dalam perkongsian tersebut, mereka berkongsi soal
mahasiswa itu harus lantang dan bersuara. Juga mereka berkongsi soal regim
pembentukan minda yang ditubuhkan oleh suatu system. Sebagai contoh, di dalam system
pendidikan, semua mahasiswa mengejar untuk dapatkan 4 flat, hal ini adalah
kerana ukuran pelajar cemerlang dan pintar itu adalah berdasarkan kepada nilai
gred puratanya. Nah, dan kerana itulah jajahan pemikiran mahasiswa seperti ini
menjadi asbab lahirnya mahasiswa 4K (Kafe, Kelas, Komputer dan Katil). Tidak ramai
yang ingin mengikuti persatuan atau gerakan Islam, kerana risau tidak dapat
capai target, walhal! Mereka yang tidak berkecimpung dalam gerakan Islam ini hampir
60% tidak mendapat keputusan yang cemerlang. Terus, apakah puncanya? Fikirkan dan
renungkan……
Catatan,
Leftenan Aqilah :)
Catatan,
Leftenan Aqilah :)
Comments
Post a Comment