SERUMPUN BANGSA

16 Februari 2019 : Kuliah yang dijalankan seperti biasa dilakukan dengan aktiviti yang santai. Kami dibawa oleh rakan-rakan UUI untuk dibawa ke pekan Aceh bagi melihat situasi harian suasana masyarakat Aceh. Keadaan jalan raya yang macet sentiasa berlaku. Suasana Banda Aceh amat berbeda dengan negara kami. Kesungguhan peniaga mempromosikan barangan mereka bagi menarik pelanggan dengan bersungguh-sungguh. Warung makan yang ada ditepi jalan sentiasa dipenuhi dengan peniaga. Jura membawa kami menikmati Bakso yang terdapat di tepi jalan jualan. Walaupun dari segi kebersihan agak memuaskan tetapi keenakan makanan tersebut dapat dirasai. Hampir ke petang kami dibawa ke sekeliling pekan Aceh oleh teman-teman UUI.

Malam hari kami telah membuat satu pertemuan dengan badan organisasi di Banda Aceh iaitu Himpunan Muhammadiyah Indonesia, Ikatan Mahasiswa Muhammadiyah dan Pelajar Islam Indonesia. Pertemuan tersebut dilakukan bagi menjalinkan silaturrahim serta bertukar pandangan berkaitan dengan program-program yang dapat dijalankan mengikut waqi' sendiri. Saya dapat bersua muka dengan Bang Anbia' yang merupakan mantan ketum HMI 17/18 bagi mendapat penerangan dan bertukar idea dengan beliau. Pertemuan tersebut memberikan saya semangat dalam menjalankan agenda gerakan islam di Malaysia.

Tulisan,
Bro Amir

Comments

Popular posts from this blog

Syair Perahu - Hamzah Fansuri ( Rangkap 1 - 5 )

MAKAM SYIAH KUALA

MERIAM LADA SECUPAK