Sebelum Buat Kerja, Jangan Makan Banyak

Selasa, 19hb Februari 2019: Apa sebenarnya yang kita perlu buat dulu sebelum membuat sesuatu kerja? Ya, makan dan minum terlebih dahulu sebelum buat apa-apa kerja kerana kalau tak ada tenaga macam mana nak fokus buat kerja. Tetapi, berbeza pula dengan apa yang terjadi kepada AB hari ini kerana dia hanya makan sekeping roti dan tak minum air dalam tempoh lebih 10 jam. Dalam tempoh kurang daripada sehari beliau berusaha sedaya upaya untuk menyiapkan kerja yang tertangguh dalam tempoh masa yang singkat. Ini merupakan kerja gila yang dibuat oleh orang gila dalam masa yang singkat gila.


Selepas waktu Zohor, beliau makan nasi berlauk yang dibeli di kedai makan. Tetapi nasi berlauk merupakan makanan berat yang lambat dicerna di dalam usus, kerana memerlukan lebih banyak tenaga untuk diproses. Jadi oleh kerana itu, selepas makan nasi tadi beliau mengantuk dan terus tidur sebentar di atas kerusi dan menyebabkannya tidak fokus dalam menyiapkan kerja yang tertangguh itu. Selepas bangun dari tidur, beliau berasa susah hati kerana fikirannya masih dalam keadaan menunggu (loading) selepas terjaga. Agak lambat juga untuk idea datang menulis walaupun isi-isi penting sudah ada.


Berdasarkan dari kisah di atas dapatlah dirumuskan bahawa sebelum membuat apa-apa kerja yang memerlukan kepada fikiran yang fokus, kita sepatutnya makan dan minm tetapi dalam kuantiti sekadar alas perut. Alas perut membawa maksud sekadar mencukupi sahaja untuk mengelakkan daripada masalah mengantuk dan penat setelah makan banyak. Air putih yang bersih (bukan air manis) hendaklah diminum secukupnya sebanyak tujuh hingga lapan gelas sehari supaya badan kita dapat berfungsi pada tahap prestasi tertinggi dan mengelakkan daripada masalah dehidrasi (dehydration).

Comments

Popular posts from this blog

Syair Perahu - Hamzah Fansuri ( Rangkap 1 - 5 )

MAKAM SYIAH KUALA

MERIAM LADA SECUPAK