KEHIDUPAN YANG BERMAKNA

15 Februari 2019 : Hari jumaat yang barokah memberi kami nafas yang baru bagi memulakan hari dengan azam yang baru. Rutin harian kami berjalan seperti biasa. Saya dan luqman bergeak ke Masjid Raya bagi menunaikan solat jumaat disana. Saya amat terkejut dengan suasana disini apabila tepat jam 12 tengah hari keadaan warung atau gerai ditutup bagi menunaikan solat jumaat. Aktiviti jual beli disini berhenti sama ada yang berniaga itu perempuan mahupun lelaki. Ini merupakan satu pengalaman yang pertama saya hadapi dalam penggembaraan ini. Keadaan dalam masjid dipenuhi dengan ramai orang bagi melakukan solat jumaat.

Selepas jumaat kami dihadiri oleh En. Ibrahim yang merupakan ayah kepada Saudari Athirah. Beliau membawa kami bersama untuk makan tengah hari sebelum mengikuti kuliah yang seterusnya. Kuliah yang disampaikan oleh Pak Armain berkaitan dengan studio tv yang terdapat di UUI. Kamu dapat melihat setiap setiap bilik sesi rakaman bilik berita mereka.

Agak sedikit kecewa dengan lewat hadir ke Panti Asuhan Muhammadiyah. Ketibaan kami kesana dengan tidak mempersiapkan modul untuk anak-anak tersebut. Kami melakukan sesi pengenalan dan memberi talk motivasi untuk mereka majukan diri ke hadapan. Berlatar belakang yang berbeza memberi saya terkesan dengan sejarah hidup mereka.

Tulisan,
Bro Amit

Comments

Popular posts from this blog

Syair Perahu - Hamzah Fansuri ( Rangkap 1 - 5 )

MAKAM SYIAH KUALA

MERIAM LADA SECUPAK