Induksi Misi Sukarelawan 2 (IMisU-2)

9 Februari 2019 : Telah bermula Induksi Misi Sukarelawan (IMisU)bagi Kembara Mahasiswa Bitara 4.0(KMB 4.0) yang akan dijalankan di Banda Aceh, Indonesia. Misi ini bertujuan bagi memberi khidmat pendidikan serta kesukarelawanan di Banda Aceh. Induksi ini telah berlangsung selama 3 hari di Surau Darul Ma'arif di Tanjung Karang, Selangor.


Gambar 1

Hari pertama induksi ini telah dimulai dengan slot Usrah ABIM Kuala Selangor yang disampaikan oleh Saudara Kamarul Azami. Pelbagai isu yang dikupaskan serta percambahan idea yang dibahaskan oleh setiap peserta. Seterusnya, slot disampaikan Saudara Azhaari bagi memberi pencerahan mengenai misi antarabangsa yang pernah beliau terlibat. Banyak maklumat dan info yang telah disampaikan bagi memberi kata semangat kepada para sukarelawan yang akan menjalakan misi di Banda Aceh.

Hidup Biar Berjasa!!!


Gambar 2

Gambar 3

Comments

Popular posts from this blog

Syair Perahu - Hamzah Fansuri ( Rangkap 1 - 5 )

MAKAM SYIAH KUALA

MERIAM LADA SECUPAK