Bahasa Melayu, Abang Kandung dan Adik Kandung

Isnin, 18hb Februari 2019: Hari yang ketujuh aku di sini, sedikit sebanyak dapat memahami bicara orang-orang Aceh di sini. Perkataan yang dahulunya kelihatan asing dan janggal seperti sanger (susu), kad tepe (kad pengenalan / IC), nila (ikan dalam keluarga talapia), kartu internet (kad internet), ja (jom / ayuk / yuk), teh dingin (teh ais), gratis (percuma), provinsi (negeri), bisa (boleh) sudah dapat difahami dengan mudah. Pada mulanya bahasa Aceh memang susah untuk difahami oleh orang luar, apatah lagi oleh mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki ke negara luar seperti Aceh, Indonesia. Sewaktu makan tengahari, kami makan di kedai yang menghidangkan ayam pramugari (ayam yang panjang kakinya, tidak ada kena mengena dengan pramugari di atas kapal terbang), aku teringat sekiranya seseorang tinggal di negara luar dalam tempoh masa yang lama seperti beberapa bulan atau tahun; bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi di tempat tersebut perlulah dipelajari dan difahami.


Hal yang sama juga terjadi kepada aku semasa berada di Aceh selama empat belas hari. Bahasa Aceh perlulah difahami dan dipelajari oleh orang luar agar komunikasi yang jelas antara orang tempatan dan pelancong luar dapat diwujudkan. Tetapi, terdapat hal yang aneh terjadi di Malaysia yang mana aku pernah berjumpa dengan orang Cina yang (sepatah haram jadah boleh berambus dari Malaysia) tak boleh bertutur langsung dalam bahasa Melayu, yang dia faham cuma bahasa Mandarin dan Inggeris. Hal inilah yang menjadi salah satu faktor terbesar yang menghalang penyatuan etnik terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India bagi membentuk perpaduan antara kaum yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia.



Semasa kami baru tiba di Universitas Islam Negeri UIN Ar-Raniry, kami disambut dengan begitu mesra oleh Pak Engku. Kemudian beliau terus menceritakan kepada kami tentang kisah sejarah yang membuka minda kami semua tentang pelbagai suku kaum Melayu itu secara umum dan kaitannya dengan agama Islam itu sendiri seperti kisah Sultan Iskandar Muda yang berkahwin dengan seorang Puteri Pahang yang mana menurut beliau membuktikan Indonesia (Aceh) dan Malaysia itu tidak ubah seperti abang kandung dengan adik kandung. Terdapat suatu pesanan beliau yang masih aku ingat iaitu tentang sifat dan ciri-ciri kemelayuan di Malaysia ini semakin hilang atas banyak faktor. Beliau juga mengingatkan bahawa pentingnya jati diri kita sebagai orang Melayu itu dikekalkan agar kita dapat mengenali siapa diri kita yang sebenarnya dari aspek agama, bangsa dan tanah air (ABATA).

Comments

Popular posts from this blog

Syair Perahu - Hamzah Fansuri ( Rangkap 1 - 5 )

MAKAM SYIAH KUALA

MERIAM LADA SECUPAK