Perjalanan Orang Biasa

12hb Februari 2019: Saat yang paling mencabar dan kritikal sepanjang hidupku berada di UNISEL telah tiba. Mustahil kalau aku tidak berdebar kerana aku sendiri tidak pernah pergi merantau jauh ke luar negara dalam masa 14 hari seperti yang telah ditetapkan. Persiapan yang lengkap dan perancangan yang rapi amatlah kritikal kerana ini bakal menentukan keberkesanan misi serta keberlangsungan (survival) kami 5 orang dari PKPIM UNISEL sepanjang berada di luar negara.


Ketika perjalanan bermula pada jam 0030 menuju ke KLIA2, kami singgah sebentar di rumah Abang Remy untuk mengambil banner yang sudah ditempah sebelum menyambung perjalanan ke KLIA2. Saat kami tiba di KLIA2 pada jam 0215, bermulalah perjalanan kami berlima ke misi Aceh. Kami terus mencari tempat untuk berehat seketika di tepi surau sementara menunggu waktu berlepas pada jam 1015. Sewaktu kami tidur, tiba-tiba muncul saudara Khir Sujud dan Muhammad Nazmi tepat jam 0345 yang datang untuk memberikan pesan dan nasihat sebelum kami berlepas pada jam 10.15 pagi ke Aceh. 


Kami semua berlari-lari anak mengejar masa sehingga tiba di pintu masuk Q13 yang jauh jaraknya ibarat berjalan kaki ke kampung belakang untuk makan malam. Sepanjang perjalanan menuju ke Aceh, aku sering memikirkan apakah cabaran dan ujian-ujian yang bakal dihadapi ketika berada di Aceh nanti. Sepanjang perjalanan bermula dari KLIA2 sehingga tiba di Aceh, aku sering memerhatikan gerak geri dan pergerakan orang ramai yang berpusu-pusu menuju ke destinasi masing-masing. Di Aceh, orang-orangnya sangat bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu kerja seperti berniaga sehinggakan pemandu teksi di lapangan terbang terus menerus menyebut "teksi teksi teksi" berulang-ulang kali tanpa rasa jemu untuk mendapatkan pelanggan seperti menanyakan kami ke mana mahu pergi dua tiga kali.


Sewaktu bersama dengan Abang Muhardi dari Pelajar Islam Indonesia (PII) menuju ke Pusat Bandar Aceh, kami singgah sebentar di destinasi pertama iaitu Masjid Raya Baiturrahman untuk menunaikan solat Zohor. Masjid yang menjadi kebanggan orang Aceh ini juga pernah menjadi saksi peristiwa besar yang pernah melanda Aceh antaranya ialah bencana tsunami yang berlaku pada tahun 2004. Walaupun begitu setelah hampir 16 tahun tragedi tersebut berlalu, kami jarang melihat kesan-kesan daripada peninggalan bencana besar itu. Hampir semuanya sudah ditutupi dengan bangunan besar (bank, pejabat, hotel) dan kedai-kedai (menjual makanan dan barang-barang serta kraftangan menarik) yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Hanya tinggal muzium sahaja sebagai tempat rujukan utama sejarah hitam yang pernah terjadi pada tanggal 26 Disember 2004.


p/s: Update 1 

Comments

Popular posts from this blog

Syair Perahu - Hamzah Fansuri ( Rangkap 1 - 5 )

MAKAM SYIAH KUALA

MERIAM LADA SECUPAK