Mind Map Waktu Pagi, Batu Petang Hari


13hb Februari 2019: Kenapa perlu ada mind map? Mungkin ini soalan yang membuatkan ramai terfikir kenapa aku perlu buat mind map untuk memudahkan pemahaman sedangkan aku sudah benar-benar faham akan sesuatu topik itu. Menurut Pak Iwan (Pegawai Rektor Universitas Ubudiyyah Indonesia), mind map bertujuan untuk membantu kita berfikir secara teratur dan menyelesaikan masalah. Menurut aku pula, mind map dirangka bertujuan untuk membolehkan kita mendapat gambaran besar (big picture) yang lebih jelas berkenaan sesuatu perkara. Menjadi salah satu kebiasaan kita untuk menulis isi-isi penting di atas kertas setelah menelaah buku pembelajaran. Tetapi, dengan adanya mind map semua isi-isi penting itu dapat dikembangkan secara visual bercambah menjadi gambaran besar yang membantu rangka pemahaman kita.

Sebagai contoh untuk menjelaskan kepada umum berkenaan sesuatu subjek atau topik yang teknikal dan rumit, sebuah mind map perlu disusun dan dirangka strukturnya supaya mudah untuk kita memberi pemahaman kepada orang lain. Semasa diberi tugasan oleh Pak Iwan untuk membuat satu mind map bebas, saya memilih tajuk “Phone modding” atas sebab phone modding merupakan satu topik yang banyak cabangnya dan kadang kala mengelirukan mereka yang baru mula belajar kerana terdapat ber-bilion jenis smartphone daripada pelbagai pengeluar di pasaran (Xiaomi, Nokia, OnePlus, Samsung, LG, Huawei, Oppo, Vivo, Razer). Seperkara lagi, phone modding mengandungi pelbagai istilah yang asing lagi aneh seperti custom ROM, custom recovery, custom kernel, bootloader, unlock bootloader dan rooting. Boleh rujuk pautan di bawah untuk penjelasan lanjut:



Pada waktu petang di Pantai Ule Lheuu, terdapat banyak longgokan batu-batu besar yang keras dan teguh sifatnya diletakkan menghadap ke arah lautan yang terbentang luas sejauh mata memandang bagi melindungi pantai ini daripada ancaman ombak besar. Terdapat juga papan tanda yang tertulis “AWAS BENCANA TSUNAMI” yang memberi peringatan kepada semua para pengunjung bahawa pantai ini pernah dibadai ombak tsunami yang pernah melanda Aceh pada tahun 2004. Hal ini lantas mengingatkan aku kepada hati manusia itu sendiri ibaratnya seperti pantai yang indah dan cantik. Tetapi keindahan dan kecantikan hati itu boleh musnah lenyap sekiranya tidak dilindungi dengan zikir dan iman yang mantap seperti batu-batu besar yang diletakkan dihadapan pantai ini bagi melindunginya dari sebarang anasir luar. Ujian dan cabaran sentiasa akan mendatangi hati kita ini seperti ombak yang senantiasa menghempas serta memukul pantai ini selagi hidup masih dikandung badan.

p/s: Bakal diupdate dengan gambar.

Comments

Popular posts from this blog

Syair Perahu - Hamzah Fansuri ( Rangkap 1 - 5 )

MAKAM SYIAH KUALA

MERIAM LADA SECUPAK