TUNGGU KAMI DI AIRPORT !!!

TUNGGU KAMI DI AIRPORT!!!


12 Februari 2019 : Kami telah bertolak ke KLIA 2 pada jam 12.30 malam yang telah dihantar oleh Saudara Arif dan Saudari Mirza. Tiba di KLIA 2 pada jam 2.30 pagi bagi menunggu flight pada jam 10.15 am ke Banda Aceh. Terima kasih kepada Saudara Khair (Mantan Presiden PKPIM) dan Saudara Nazdmi (PKPMI Indonesia) yang sudi hadir ke airport bagi menemani kami sepanjang di sana. Nasihat dan pesanan yang diberi akan kami amalkan sepanjang berada di bumi Banda Aceh. Kami berasa terharu dengan semangat kalian untuk hadir ke airport bertemu bersama kami. Kami juga menerima kunjungan daripada pihak keluarga Athirah di airport dan dibawa untuk sarapan bersama di foodcourt KLIA 2. Kami sarapan bersama serta sebelum memulakan perjalanan ke Banda Aceh. Bapa Athirah banyak memberi kata-kata semangat dibawa ke sane. Terima kasih kepada keluarga Athirah menunggu kami sehingga kami ingin berlepas ke Banda Aceh.






Pengalaman yang amat memalukan bagi kami sepanjang berada di airport ialah apabila lewat boarding. Kami leka dengan perkara lain sehingga nama kami dipanggil banyak kali. Itu amat memalukan dan merupakan salah satu dosa besar bagi sukarelawan iaitu tidak menepati masa dengan baik. Kami berlari secepat mungkin yang boleh supaya tidak tertinggal flight. Kami hanya berdoa agar sempat sampai sampai naik ke flight. Alhamdulillah kami sempat naik ke dalam flight dengan selamat walaupun dengan dalam keadaan yang kelam kabut. Maka bermula perjalanan musafir kami ke bumi Banda Aceh, Indonesia. Semoga sepanjang permusafiran kami ke Banda Aceh dipermudahkan oleh Allah S.W.T.


Tepat pada jam 11.00 am kami tiba di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda serta pertama kali kami menjejak kaki di bumi Aceh. Kami disambut oleh Bang Muhardi selaku Ketua Umum Pelajar Islam Indonesia (PII) serta Kak Dina PII Wati Aceh. Malah kami langsung di bawa ke Masjid Abdurrahman bagi menunaikan solah zohor disana. Kami begitu teruja dengan seni bina serta sejarah yang telah tercipta dari pembinaan masjid itu sendiri. Masjid yang masih kekal dari tahun 1870 serta pernah berlaku kemusnahan tsunami pada tahun 2004. Masjid tersebut masih kekal utuh ketika berlakunya bencana tsunami. Seusai solat di masjid raya, kami terus langsung ke kedai makan untuk menjamu makanan tengah hari. Agak berbeda sama cara makanan yang dihidangkan di Banda Aceh. Jadi, kami langsung ke sekretariat PII bagi meneruskan perbincangan mengenai penyusunan tentatif program kami disini.


Seterusnya kami terus dibawa ke Pantai Lampuuk Ukk dimana tempat tersebut merupakan permulaan berlakunya bencana tsunami tahun 2004. Suasana tempat yang sangat cantik dan menarik untuk dilihat oleh masyarakat. Malah, kami sempat melihat suasana matahari terbenam di pantai. Betapa agung dan besarnya kuasa Allah berbanding dengan insan yang kerdil ini. Kami solat maghrib di suatu masjid yang merupakan tempat yang dilanda tsunami dan utuh sehingga sekarang. Rekahan bangunan tersebut masih dikekalkan sebagai satu sejarah atau ikhtibar yang dapat dijadikan.



Tulisan,
Bro Amir

Comments

Popular posts from this blog

Syair Perahu - Hamzah Fansuri ( Rangkap 1 - 5 )

MAKAM SYIAH KUALA

MERIAM LADA SECUPAK