TERUNGKAP SEJARAH

14 Februari 2019 : Hari khamis kami bermula dengan puasa sunat. Ini merupakan satu cabaran yang pertama kami dalam berpuasa ketika melakukan misi penggembaraan kami di Banda Aceh. Agak keletihan dan memenatkan itu memang dirasai oleh semua orang. Kami bermua dengan hari tersebut dengan melakukan solat subuh berjemaah dan melakukan bacaan al-mathurat. Tidak dilupakan juga dengan dapat melakukan kuliah tiga minit (kultim) yang dapat disampaikan oleh setiap rakan-rakan. Input yang berkaitan dengan ihsan yang banyak memberi pencerahan kepada saya sebagai seorang hamba.

Kami diteruskan dengan sesi kuliah di UUI. Kuliah yang dijalankan di bilik studio tersebut. Pada waktu malam, kami diteruskan dengan melawat seorang sejarahwan Aceh yang masih menyimpan beberapa manuskrip Aceh. Manuskrip tersebut yang masih berusia ratusan tahun masih disimpan untuk dijadikan bahan simpanan. Amat terkesan dengan manuskrip tersebut yang dihasilkan dengan tulisan tangan yang sangat halus dan rapi jika dapat dilihat dengan baik. Anak muda perlu tahu akan sejarah yang telah berlaku oleh nenEk moyang mereka dahulu dalam mempertahankan agama, negara dan bangsa agar tidak dapat dijajah oleh orang asing.

Tulisan,
Bro Amir

Comments

Popular posts from this blog

Syair Perahu - Hamzah Fansuri ( Rangkap 1 - 5 )

MAKAM SYIAH KUALA

MERIAM LADA SECUPAK