" Mengembara Mencari Cinta Sudah Bermula "



[ Hari - 1 ]

Selasa (12/ 2/ 2019)

Kami bertolak ke airport pada pukul 12.30 malam. Tiba di sana, pada pukul 2.30 pagi.. sehinggalah kami menerima kunjungan dari Exco ABIM Pusat iaitu Abang khair dan Nazmi ( Ahli PEPIAS). 

Input yang kami perolehi moga memberikan bekalan sepanjang pengembaraan ini. InsyaAllah 

Selain itu, kehadiran mak ayah adik athirah yang berkongsi ilmu tentang negara Aceh dan tips yang perlu difahami. 

Tepat pukul 9.30, kami berlepas Antarabangsa. 

 Alhamdulilah selesai selamat tiba di bumi Aceh. Kami dijemput oleh PII Indonesia Aceh iaitu Pelajar Islam Indonesia. 

Seterusnya, kami memulakan perbincangan teliti mengenai program yang akan dijalankan dengan susunan tentatif.

Selesai urusan mesyuarat ini, wakil PII iaitu Abang Mardi dan kak Dina membawa kami berjalan - jalan sekitar Pantai Aceh ( mengenali sejarah pantai Aceh ) beserta melihat matahari terbenam. 

Selesai itu juga, kami menyelesaikan ibadah solat maghrib di masjid lampuk beserta melihat secara langsung masjid ini tidak runtuh dan terselamat dari tsunami. Sisa kerosakan itu dibiarkan bagi mengambil hikmah itu. 

Tepat pukul 9 malam, kami team Aceh mendaftarkan diri di hotel bernama " Wisma Nusa Cendana ". 

Pada waktu malam, kami memulakan Posmortem bagi melancarkan program kembara ini dengan sebaiknya.





                                                                                                                Coreten Hidayah Razlan, 

Comments

Popular posts from this blog

Syair Perahu - Hamzah Fansuri ( Rangkap 1 - 5 )

MAKAM SYIAH KUALA

MERIAM LADA SECUPAK