KHAZANAH NEGARA JANGAN DILUPAKAN :)
14 Februari 2019 – Awal
pagi jam 10 pagi kami ada kelas di Universitas Ubudiyyah berkaitan dengan
ekonomi syariah bisnes, “Shariah Preneurship”. Kami diterangkan tentang
bagaimana mahu urus bisnes mengikut syariat Islam dan kami diberi tugasan untuk
memikirkan bisnes apa yang mahu kita bangunkan suatu hari nanti. Selepas itu
kami perlu terangkan semula bisnes apa yang mahu kita bangunkan dan saya ingin
membuka kedai kek yang pastinya halal toiyyibban untuk memudahkan umat Islam
mencari makanan seperti kek yang dijamin halal dan sedap dimakan.
Selepas selesai kelas
kami singgah ke Masjid Muhammadiyah bagi menunaikan solat fardhu berjemaah dan
terus pulang ke penginapan semula. Pada malam pula, selepas kami berbuka puasa
kami ke rumah tokoh sejarawan Aceh iaitu pak Tarmizi Abdul Hamid dan pak Herman bagi melihat khazanah menuskrip Aceh yang
sudah bertahun tahun disimpan oleh mereka. Ada menuskrip yang disimpannya seperti
al-Quran yang sudah berpuluhan tahun iaitu dalam 400 tahun yang dulu dan ada juga menuskrip berkaitan dengan zikir atau doa-doa pilihan yang boleh diamalkan malah ada juga menuskrip yang menceritakan peristiwa tsunami di Aceh pada zaman dahulu.
Kami sangat teruja kerana tidak ramai orang yang mahu menyimpan menuskrip seperti itu. Hanya orang yang betul minat tentang sejarah negara akan sanggup mencari menuskrip negara yang lama serta menjaga dengan sebaik yang mungkin agar khazanah menuskrip negara sendiri tidak akan hilang begitu sahaja.

Catatan Oleh,
Athirah Ibrahim
( HARI 3 )
Comments
Post a Comment