KAEDAH PEMBELAJARAN YANG MUDAH DIFAHAMI :)
Selepas
itu, kami dibawa pula ke tempat makan kami dan nama kedai makan itu adalah
“Meeting”. Kami makan nasi uduk ayam, iaitu nasi uduk ayam di Malaysia seperti
nasi ayam penyet, memang sungguh enak sekali dimakan! Rasa mahu menambah lagi
ordernya kerana sambal dia memang sangat pedas sehingga boleh mengalirkan air
mata disebabkan kepedasan sambal itu. Sudah selesai makan. kami pulang ke
bandar semula ke kantor PII dan mereka membawa kami ke Pantai Ulee Lhee dengan
menunggang motorsikal mereka. Kebetulan ada satu motornya tidak cukup driver
lalu kak Aqilah diminta oleh PII untuk membawa motorsikal tersebut dan sayalah
orangnya yang menemani kak Aqilah untuk menunggang motorsikal bersama-sama.
Kami juga sempat menyinggah di satu kedai makan untuk makan sate dan jus
alpukat sebentar sebelum pulang ke kantor PII semula.
Sepanjang pengalaman kami
menuggang motorsikal bersam-sama ketika kami ingin pulang semula ke kantor PII,
kami boleh tersesat di sebabkan kak Aqilah dan saya tidak menyempat untuk
mengerja mereka dan keadaan cuaca itu sudah masuk waktu manghrib dan sukar bagi
kak Aqilah untuk melihat jalan. Terus kami mengambil keputusan untuk berhenti
di satu kedai makan untuk memohon bantuan dari pemuda di sana. Dan tidak
disangkakan bahawa mereka baik sangat kerana sudi memberikan pertolongan kepada
kami dan syukur bang muhardi dan amir datang menjemput kami dan terus membawa
kami pulang ke tempat penginapan kami.
Catatan Oleh,
Athirah Ibrahim
( HARI 2 )
Comments
Post a Comment